Langkau ke kandungan utama

Catatan

Memahami Akaun Pelaburan Emas (Gold Account-i)

 Memahami  Akaun Pelaburan Emas ( Gold Account-i) Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020) "Baik saya letak duit tu dalam akaun emas (beli emas) saya, baru berkembang duit. Awal tahun ni saya beli emas RM20k dah dapat untung RM4k dalam masa 5 bulan." Itulah lebih kurang percakapan seorang mak cik kepada kawan saya yang jaga agensi travel (nama dirahsiakan, biasa dia datang sini bagi like satu). Mak cik tu dah bayar duit umrah tapi umrah pula tunda. Itulah, benda nak jadi kan. Hari ini ramai yang sedang kembangkan wang dengan melabur saham, amanah saham (unit trust), ASB financing, simpanan Tabung Haji dan lain-lain. Tapi mungkin ada yang tak perasan atau lupa-lupa ingat bahawa ada satu lagi instrumen kewangan yang boleh diterokai iaitu pelaburan emas. Tak perlu beli emas dan simpan, tunggu harga tinggi terus jual. Itu cara tradisional walaupun masih lagi releven. Tapi cara yang saya nak sampaikan di sini adalah anda boleh beli emas melalui akaun simpanan atau semasa di b...

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram? Oleh: Azim Ismail Kredit: Sinar Harian I nisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan. Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi 1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar 2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar 3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar 4. 2% faedah sebulan untuk pajakan Rujuk: Web KPKT Kita jadi keliru dengan dua perkara 1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman. 2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair) Rujuk: Web KPKT KPKT sepatutnya tinggalkan...

Masih Ramai Yang Tidak Membayar Zakat Harta di Malaysia - Nisab Zakat Harta Seluruh Malaysia

Masih Ramai Yang Tidak Membayar Zakat Harta di Malaysia Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020) Sebenarnya Ramai yang Tak Bayar Zakat Harta, Mungkin Kita Salah Satu daripada Mereka. Sejarah mencatatkan bahawa Sayyidina Abu Bakar RA pernah berperang dengan golongan yang enggan menunaikan zakat.  Kini kita sudah menghampiri akhir Ramadhan dan mungkin ramai yang telah membayar zakat fitrah. Namun lain pula ceritanya dengan zakat harta sedangkan potensi kutipan zakat harta lebih besar daripada zakat fitrah.  Saya menonton perbentangan tentang Cadangan Kodifikasi Akta Zakat Nasional oleh Tuan Sofiane ESa di laman Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (SKIK 2020). Tujuan utama akta ini untuk mengelakkan umat Islam daripada dosa besar akibat tidak menunaikan zakat dan menjadikan mereka patuh seperti mana mereka patuh membayar cukai.  Berikut adalah golongan umat Islam yang tidak membayar zakat harta di Selangor sama ada mereka enggan atau tidak tahu.  60% masyarakat Is...

8 Langkah Bina Alur Cerita dalam Cerpen & Novel Gaya Asma Nadia (Novelis Indonesia)

8 Langkah Bina Alur Cerita dalam Cerpen & Novel Gaya Asma Nadia oleh: Azim Ismail Bengkel menulis alur cerita bersama Asma Nadia ini saya sertai pada September 2017 dulu melalui platform Telegram. Ketika itu, nama Asma Nadia sering dibicarakan kerana beberapa novel tulisan beliau berjaya diangkat ke layar perak seperti Syurga Yang Tak Dirindukan 1 & 2, Jilbab Traveler, Emak Ingin Naik Haji, Assamualaikum Beijing dan lain-lain. Wikipedia: Asma Nadia Kejayaan yang diraih oleh Asma Nadia ini mengingatkan kita tentang susuk novelis Kang Abik iaitu Habiburrahman el-Shirazi yang juga mempunyai beberapa karya berkualiti dan diangkat ke layar perak sebelum Asma Nadia. Ayat-ayat Cinta 1 & 2, Ketika Cinta Bertasbih 1& 2, Dalam Mihrab Cinta dan lain-lain. Persamaan kedua-dua novelis ini adalah mereka membina cerita dengan unsur-unsur keagaamaan. Mesej-mesej yang disampaikan oleh mereka membangun jiwa para pembaca. Tidak hanya suatu cerita disampaikan mesej-mesej inilah yang menjad...

6 Langkah Mudah Teknik Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing)

Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing) Oleh: Azim Ismail Semoga catatan ringkas ini memberi inspirasi kepada anda dalam pemasaran dan perniagaan anda. Kejayaan dalam pemasaran (marketing) adalah apabila pelanggan tahu pasal produk atau servis anda, setelah itu dia mempercayai apa yang anda tawarkan dan akhirnya, mereka mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk atau servis anda. Pelbagai teknik pemasaran yang wujud pada hari ini bahkan kian bertambah agar sesuai dengan pasaran semasa. Jadi pada tulisan ini, saya cuba memberikan jalan kepada anda untuk menggunakan teknik storytelling dalam pemasaran. Perkara pertama yang anda perlu faham adalah cerita yang hendak ditulis mestilah sentiasa berkait rapat dengan emosi atau perasaan. Anda perlu mahir bermain dengan emosi sama ada sedih, gembira, nostalgia, bimbang atau takut dan lain-lain dalam cerita yang anda tulis. Cerita tidak semestinya panjang. Pendek, ringkas dan sampai maksud kepada pembaca (bakal pembeli/pelanggan...

Ekonomi Islam: Suatu Permulaan

Ekonomi Islam: Suatu Permulaan oleh: Azim Ismail Ilmu ekonomi Islam agak janggal untuk dibincangkan dalam masyarakat. Perkembangan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia kini memberikan kesedaran kepada umat tentang kepentingan pengurusan wang yang patuh Syariah. Sedangkan pada hakikatnya, masih wujud golongan yang menyamakan perbankan Islam dengan konvensional apatah lagi yang menentang perbankan Islam. Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu ekonomi Islam dikira sebagai ilmu yang semakin dilupakan. Mengamalkan ekonomi Islam secara menyeluruh adalah agak sukar, mungkin boleh dibandingkan dengan kesukaran mempraktikkan hukum jenayah Syariah. Kuncinya pada pembuat dasar dan kerajaan. Meskipun begitu, andai ilmu ekonomi Islam tidak dibincangkan dan diajarkan, kelak kemungkinan besar tiada lagi penerus yang akan memperjuangkan ekonomi Islam secara signifikan. Universiti tempat ilmu ini diajarkan kepada mahasiswa. Seterusnya, mahasiswa-mahasiswa inilah yang memberi kesedaran kepada masyar...

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...