Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bab Usahawan

6 Langkah Mudah Teknik Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing)

Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing) Oleh: Azim Ismail Semoga catatan ringkas ini memberi inspirasi kepada anda dalam pemasaran dan perniagaan anda. Kejayaan dalam pemasaran (marketing) adalah apabila pelanggan tahu pasal produk atau servis anda, setelah itu dia mempercayai apa yang anda tawarkan dan akhirnya, mereka mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk atau servis anda. Pelbagai teknik pemasaran yang wujud pada hari ini bahkan kian bertambah agar sesuai dengan pasaran semasa. Jadi pada tulisan ini, saya cuba memberikan jalan kepada anda untuk menggunakan teknik storytelling dalam pemasaran. Perkara pertama yang anda perlu faham adalah cerita yang hendak ditulis mestilah sentiasa berkait rapat dengan emosi atau perasaan. Anda perlu mahir bermain dengan emosi sama ada sedih, gembira, nostalgia, bimbang atau takut dan lain-lain dalam cerita yang anda tulis. Cerita tidak semestinya panjang. Pendek, ringkas dan sampai maksud kepada pembaca (bakal pembeli/pelanggan...