Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Memahami Akaun Pelaburan Emas (Gold Account-i)

 Memahami  Akaun Pelaburan Emas ( Gold Account-i) Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020) "Baik saya letak duit tu dalam akaun emas (beli emas) saya, baru berkembang duit. Awal tahun ni saya beli emas RM20k dah dapat untung RM4k dalam masa 5 bulan." Itulah lebih kurang percakapan seorang mak cik kepada kawan saya yang jaga agensi travel (nama dirahsiakan, biasa dia datang sini bagi like satu). Mak cik tu dah bayar duit umrah tapi umrah pula tunda. Itulah, benda nak jadi kan. Hari ini ramai yang sedang kembangkan wang dengan melabur saham, amanah saham (unit trust), ASB financing, simpanan Tabung Haji dan lain-lain. Tapi mungkin ada yang tak perasan atau lupa-lupa ingat bahawa ada satu lagi instrumen kewangan yang boleh diterokai iaitu pelaburan emas. Tak perlu beli emas dan simpan, tunggu harga tinggi terus jual. Itu cara tradisional walaupun masih lagi releven. Tapi cara yang saya nak sampaikan di sini adalah anda boleh beli emas melalui akaun simpanan atau semasa di b

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram? Oleh: Azim Ismail Kredit: Sinar Harian I nisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan. Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi 1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar 2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar 3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar 4. 2% faedah sebulan untuk pajakan Rujuk: Web KPKT Kita jadi keliru dengan dua perkara 1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman. 2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair) Rujuk: Web KPKT KPKT sepatutnya tinggalkan

Masih Ramai Yang Tidak Membayar Zakat Harta di Malaysia - Nisab Zakat Harta Seluruh Malaysia

Masih Ramai Yang Tidak Membayar Zakat Harta di Malaysia Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020) Sebenarnya Ramai yang Tak Bayar Zakat Harta, Mungkin Kita Salah Satu daripada Mereka. Sejarah mencatatkan bahawa Sayyidina Abu Bakar RA pernah berperang dengan golongan yang enggan menunaikan zakat.  Kini kita sudah menghampiri akhir Ramadhan dan mungkin ramai yang telah membayar zakat fitrah. Namun lain pula ceritanya dengan zakat harta sedangkan potensi kutipan zakat harta lebih besar daripada zakat fitrah.  Saya menonton perbentangan tentang Cadangan Kodifikasi Akta Zakat Nasional oleh Tuan Sofiane ESa di laman Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (SKIK 2020). Tujuan utama akta ini untuk mengelakkan umat Islam daripada dosa besar akibat tidak menunaikan zakat dan menjadikan mereka patuh seperti mana mereka patuh membayar cukai.  Berikut adalah golongan umat Islam yang tidak membayar zakat harta di Selangor sama ada mereka enggan atau tidak tahu.  60% masyarakat Islam di Selagor tida