Langkau ke kandungan utama

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Oleh: Azim Ismail

Kredit: Sinar Harian


Inisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan.

Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi

1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar
2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar
3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar
4. 2% faedah sebulan untuk pajakan

Rujuk: Web KPKT

Kita jadi keliru dengan dua perkara
1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman.
2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair)

Rujuk: Web KPKT

KPKT sepatutnya tinggalkan model servis pemberi pinjam wang ini kepada model yang lebih mesra pengguna dan mesra agama.
Inilah peluang untuk perubahan. "Pihak Pemberi Pinjam Wang yang mahu berdaftar dengan KPKT, mesti mengubah sistem sedia ada kepada sistem tanpa riba."


Rujuk: Web KPKT

Sebaiknya nilai yang dibayar sama dengan nilai yang dipinjam. Barulah betul-betul membantu. Kerajaan boleh bagi peruntukan untuk menjayakan hal ini.
Namun kalau tak mampu bagi pinjaman tanpa imbalan tambahan, sekurang-kurangnya (mesti) gunalah akad yang patuh syariah seperti ujrah (PTPTN) dan bai tawarruq (perbankan Islam). Upah dan untung menggantikan faedah. Tetap boleh jana pendapatan.

Nabi Muhammad melarang keras tindakan peminta riba, pemberi riba, pencatat riba dan semua yang terlibat dengan riba.
"Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi riba, saksinya dan penulisnya." (Hadis Riwayat al-Nasa'i, Hadis no: 5105)
Bekerja di Kredit Komuniti dan PPW (Pemberi Pinjam Wang) yang berdaftar di bawah KPKT berdosa besar sebab riba?

Kasihan kepada staf-staf yang mencari rezeki di sana. Ubahlah kepada sistem yang tidak dimurkai Allah. Kita ada ramai pakar kewangan Islam yang boleh membantu.
Tulisan ringkas ini bukan untuk rakyat yang terdesak dan terpaksa meminjam dengan pinjam wang yang ada riba atau pekerja yang tiada pekerjaan lain melainkan di syarikat berasaskan riba.
Dharurat mengharuskan perkara yang diharamkan namun mesti merujuk kepada yang pakar bagaimana dharurat yang membenarkan itu.
Semoga hikmah daripada Pandemik Covid-19 ini menjadikan kita semua dan kerajaan lebih bertaqwa. Dan semoga lebih ramai berbicara tentang ini. InsyaAllah ada perubahan yang baik nanti. Wallahu'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...