Langkau ke kandungan utama

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20
Oleh: Azim Ismail 
Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam


Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam.

Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah.

Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.

 Ų§ŁˆŁ„ واجب على ال؄نسان معرفة الاله ŲØŲ§Ų³ŲŖŁŠŁ‚Ų§Ł† متن Ų²ŲØŲÆ
Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin.

ŁŲ§Ų¹Ł„Ł…ŁˆŲ§ Ų§ŁŠŁ‡Ų§ الناس ان الاصل ŁˆŲ§Ł„Ų§Ų³Ų§Ų³ Ł‡Łˆ معرفة Ų§Ł„Ł…Ų¹ŲØŁˆŲÆ قبل العبادة ŁˆŲ°Ł„Łƒ Ų­Ł‚ŁŠŁ‚Ų© معنى الؓهادة - Ų®Ų·ŲØŲ© Ł„Ł„Ų­ŲØŁŠŲØ طاهر بن Ų­Ų³ŁŠŁ†
Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah.

Oleh itu, terdapat 4 jenis jazam iaitu pegangan seorang hamba:

1. Jazam muafakat pada haq dengan dalil - makrifah
2. Jazam muafakat pada haq tetapi tiada dengan dalil - taqlid sahih
3. Jazam tidak muafakat pada haq dengan dalil - jahil murakkab
4. Jazam tiada muafakat pada haq dan tiada dalil - taqlid batil

Hanya jazam yang pertama sahaja sah imannya manakala golongan yang ramai dalam kalangan kita iaitu taqlid sahih (mengikut yang benar tanpa bukti atau dalil), masih dikira sah iman mereka namun berdosa jika akal mereka mampu berfikir dan ada kemampuan dalam pelajaran.


"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah"

Wajib pada Allah bersifat dengan setiap kesempurnaan
متصف ŲØŁƒŁ„ ŁƒŁ…Ų§Ł„

Mustahil pada Allah Maha Suci Allah daripada tiap-tiap sifat kekurangan dan daripada apa yang terfikir.
منزه عن ŁƒŁ„ نقص Ł…Ų§ Ų®Ų·Ų± بالبال

Kalimah syahadah pertama mengandungi 41 ikatan iman iaitu
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat harus bagi Allah

Kalimah syahadah kedua mengandungi 9 ikatan iman iaitu
4 sifat wajib bagi Rasul
4 sifat mustahil bagi Rasul
1 sifat harus bagi Rasul

Huraian 50 ikatan akidah adalah seperti gambar di bawah ini.

3 Hukum akal

Wajib - Tidak dapat diterima akal tidak wujud perkara ini

Mustahil - Tidak dapat diterima akal wujud perkara ini

Harus - Diterima akal sama ada wujud atau tidak perkara ini

Tekan imej.

Jadual Sifat 20 ini dipetik daripada buku 'Hidup Tak Bertuhan'

Manakala sifat bagi Rasul pula ialah:

4 Sifat Wajib
1. Siddiq iaitu benar
2. Amanah iaitu jujur dan tidak melakukan maksiat
3. Tabligh iaitu menyampaikan wahyu
4. Fathonah iaitu bijaksana dan mampu mematahkan hujjah musuh

4 Sifat Mustahil lawannya
1. Kazzab iaitu dusta
2. Khianat iaitu tidak amanah
3. Kitman iaitu menyembunyikan
4. Baladah iaitu bodoh

Dan 1 Sifat Harus bagi Rasul iaitu
Bersifat dengan sifat manusia tanpa mengurangkan martabatnya yang mulia seperti makan, tidur dan berkahwin.

Maka terikatlah 50 ikatan iman atau akidah pada seorang mukmin dalam 2 kalimah syahadah. Wajib ke atas setiap mukmin berpegang kepada 50 ikatan iman ini. Wallahua'lam.

Rujukan:
Sifat 20 - Syeikh Ustman Betawi
Faridatul Faraid - Syeikh Wan Ahmad Fathoni
Miftahul Murid - Tuan Minal Fathoni

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources. ' S esiapa yang mengenali dirin ya, dia akan mengenali Tuhannya .' M engenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain di lakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup . B ukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya. H amba bersujud dan menunduk kepada Tuhan , namun apa bila ditanya, siapakah Tuhannya , tiada yang diket a hui melainkan nama -nama (Asmaul Husna). M akhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. K erusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya ia i tu dibuat daripada kayu d...

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Putus Saf Jika Ada Penghadang atau Langsir Penuh di Surau, Musolla, Madrasah, Khemah, Rumah dan sebagainya?

Jangan putuskan saf solat Tarawih (Surau, Musolla, Madrasah, Khemah, Rumah dan sebagainya). Semalam saya pergi surau pertama (selain surau tepi rumah) untuk bagi tazkirah ringkas Ramadhan. Pada mulanya saya tak perasan ada jemaah yang solat di belakang pintu sebab ketika sampai di situ, jemaah masih tak ramai. Lepas tarawih baru perasan ada jemaah di sebalik pintu dan penghadang kayu bahagian kiri surau (muslimat).  Wujud penghalang (lalu atau lihat) antara imam dengan makmum boleh menyebabkan putus saf. Dengan kata lain, tak sah qudwah (ikut imam). Dah ditegur agar dibetulkan. Hal ini boleh berlaku di mana-mana surau. Kesian jemaah di sebalik pintu dan tabir yang tertutup penuh sebab putus saf. Jangan ada penghalang/dinding/pintu ditutup antara imam dan makmum pada 3 keadaan iaitu:  1. Imam dalam masjid makmum luar masjid. 2. Imam luar masjid (seperti padang) makmum dalam masjid  3. Imam dan makmum kedua-dua di luar masjid seperti khemah, bangunan, pejabat dan madrasah (...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Banyak yang Berzikir, Sedikit yang Memahami - Fahamilah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa).  Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni. Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini... Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-...

Hukum Pelaburan ASB - Fatwa Terbaru Selangor Mei 2017 dan Kenyataan SC

Selangor adalah salah sebuah negeri yang mengatakan pelaburan PNB tidak mematuhi syariah. Pada 11 Mei yang lalu, status tersebut telah ditukarkan kepada harus berdasarkan beberapa pertimbangan yang dinyatakan.  Pada 2014 lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa harus atas dasar maslahah. Hujjah-hujjahnya boleh rujuk di sini  http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/media/harus/hukumpelaburanASN-ASB.pdf KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekur...