Langkau ke kandungan utama

Hukum Pelaburan ASB - Fatwa Terbaru Selangor Mei 2017 dan Kenyataan SC


Selangor adalah salah sebuah negeri yang mengatakan pelaburan PNB tidak mematuhi syariah. Pada 11 Mei yang lalu, status tersebut telah ditukarkan kepada harus berdasarkan beberapa pertimbangan yang dinyatakan. 

Pada 2014 lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa harus atas dasar maslahah. Hujjah-hujjahnya boleh rujuk di sini http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/media/harus/hukumpelaburanASN-ASB.pdf

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.
Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. - BERNAMA

Perlu diingatkan bahawa PNB juga mempunyai panel syariah sendiri. Sedangkan sesetengah ahli  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pun terdiri daripada orang yang pernah berpengalaman di SC.

Inilah surat daripada Suruhanjaya Sekuriti (badan yang mempunyai autoriti tertinggi dalam kewangan Islam) yang menyatakan bahawa ASN dan ASN tidak mendapat kelulusan patuh syariah.


2009


Walaupun begitu, SC tidak mengeluarkan sijil tidak patuh syariah. Perlu kita tahu bahawa bukan semua sekuriti yang ditapis oleh SC. ada yang tak ditapis kerana tidak dihantar permohonan kepada SC, jadi ada kemungkinan yang patuh syariah wujud tanpa pengesahan SC.

PNB tidak menghantar permohonan screening kepada SC, namun meminta pandangan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. 

Pertama sekali yang harus kita fahami bahawa hal ehwal Islam adalah di bawah kuasa negeri maka semua fatwa di bawah negeri sahaja yang mengikat. 

Apa status fatwa oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan?

Seperti mana yang Dr Asyraf Wajdi katakan bahawa tiada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), yang ada hanyalah  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang memberi pandangan tetapi tidak mengikat meskipun ahlinya terdiri daripada mufti-mufti negeri. 
Tidak seperti di Mesir yang mempunyai seorang mufti dan menjadi panduan seluruh negara Mesir. Memandangkan agama Islam di bawah kuasa raja-raja, maka setiap negeri tertakluk kepada raja masing-masing manakala negeri tidak bersultan, ia di bawah YDPA.

Jika dahulu, polimik antara SC yang mengatakan tidak patuh syariah,  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  berpandangan harus dan Pejabat Mufti Selangor berfatwa haram. Namun hari ini, SC sahaja yang masih dengan kenyataan lama (antara 3 pihak ini). Ini bukan pilihanraya 2 v 1 = 2 menang.

SC menyediakan garis panduan yang ketat berdasarkan peratusan iaitu;

  1. 5 % - Insurans, Perbankan konventional, judi, arak, pork dan berkaitan, makanan haram, hiburan tak patuh syariah dan aktiviti-aktiviti tak patuh syariah yang lain.
  2. 10% - Bunga daripada akaun konventional, tobacco dan berkaitan, dan aktiviti-aktiviti tak patuh syariah yang lain
  3. 20% - Sewaan yang diterima daripada aktiviti tak patuh syariah, dan aktiviti-aktiviti tak patuh syariah yang lain
  4. 25% - Operasi hotel dan resort, urus niaga saham, stockbroking dan aktiviti-aktiviti tak patuh syariah yang lain
Ini pula adalah senarai  Sekuriti Patuh Syariah terbaru (24.11.16) kerana senarai ini akan dikeluarkan 2 kali setahun iaitu Mei dan November.

Pada hakikatnya, hari ini kebanyakan syarikat unit trust dan syarikat di bursa meminta pengesahanan patuh syariah oleh SC untuk menarik lebih ramai pelabur Muslim.
Mencari harta yang halal itu tuntutan, bukan makanan yang haram sahaja ditolak.

“Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala”.

Kesimpulannya, terpulang kepada diri masing-masing untuk memilih. Jika was-was, hilangkan keraguan itu. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...