Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bab Tasawwuf

Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya

Oleh: Azim Ismail Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia.  Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan.  Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan jahat nafsu).  Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam. Malaikat : ada aqal tiada nafsu Syaitan : ada nafsu tiada aqal Manusia : ada aqal dan nafsu Maknanya sesiapa yang dapat menolak desakan nafsu maka dia lebih mulia daripada malaikat yang tiada nafsu dan sesiapa yang tewas kepada dorongan nafsu maka dia lebih hina darip...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Riya' atau Menunjuk-nunjuk Amalan juga Syirik?

Riya' atau Menunjuk-nunjuk Amalan juga Syirik? SEGALANYA KERANA MAKHLUK Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Ramai yang solat namun solatnya bukan kerana menyembah Tuhan tapi kerana malu kepada manusia lain jika meninggalkan solat. Bersedekah kerana menunjukkan diri pemurah atau untuk marketing produk. Ibadah kepada Tuhan namun pada masa yang sama dituju kepada perhatian manusia? ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepada orang yang riak (menunjuk-nunjuk )’ Hadis riwayat ad-Dailami daripada Sayyidina Ibn Abbas. Riak dan sum'ah (suka untuk didengari orang agar dipuji seperti zikir dan baca al-Quran) adalah penghancur amalan tanpa sedar. Bagai api yang menghanguskan segala daun kering sekelip mata. ‘Virus’ ini hanya disedari oleh orang yang berilmu. Sedangkan yang berilmu tidak juga selamat jika tidak beramal. Sesuatu amalan itu akan ikhlas jika dilakukan kerana reda dan kasih sayang Allah semata-mata. Bagi orang kebany...

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...