Langkau ke kandungan utama

Riya' atau Menunjuk-nunjuk Amalan juga Syirik?

Riya' atau Menunjuk-nunjuk Amalan juga Syirik?

SEGALANYA KERANA MAKHLUK
Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018)

Ramai yang solat namun solatnya bukan kerana menyembah Tuhan tapi kerana malu kepada manusia lain jika meninggalkan solat. Bersedekah kerana menunjukkan diri pemurah atau untuk marketing produk.

Ibadah kepada Tuhan namun pada masa yang sama dituju kepada perhatian manusia?

‘Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepada orang yang riak (menunjuk-nunjuk)’ Hadis riwayat ad-Dailami daripada Sayyidina Ibn Abbas.

Riak dan sum'ah (suka untuk didengari orang agar dipuji seperti zikir dan baca al-Quran) adalah penghancur amalan tanpa sedar. Bagai api yang menghanguskan segala daun kering sekelip mata. ‘Virus’ ini hanya disedari oleh orang yang berilmu. Sedangkan yang berilmu tidak juga selamat jika tidak beramal.

Sesuatu amalan itu akan ikhlas jika dilakukan kerana reda dan kasih sayang Allah semata-mata. Bagi orang kebanyakan, beribadah kerana mendambakan perkara yang dijanjikan oleh-Nya sama ada syurga atau pahala masih dikira ikhlas.

Begitu juga meningalkan maksiat kerana menghindari dosa dan takutkan neraka. Tidak timbul beribadah kerana makhluk di sini kerana pahala, dosa, syurga dan neraka adalah janji-janji Allah. Allah tidak sesekali memungkiri janji-Nya. Ikhlas paling tinggi adalah ikhlas yang semata-mata kerana Allah dan patut kepada hamba bercita-cita dan berjalan menuju keikhlasan yang tertinggi ini.

Allah hanya menerima amalan yang ikhlas sebagai mana Dia berfirman: ‘Dan tidak disuruh melainkan dengan menyembah Allah sedangkan mereka ikhlas… (membersihkan akan agama mereka daripada syirik kecil dan besar) (Surah al-Bayyinah, 98:5)

Begitu juga dengan hadis pertama dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam an-Nawawi memperihalkan niat dan hijrah. Hijrah kerana Allah sahaja diterima tetapi hijrah kerana wanita dan dunia, maka wanita dan dunia sahaja diraih.

Walaupun ikhlas itu diperoleh dengan hanya menunggalkan niat kerana Allah namun terdapat 3 pembahagian oleh Imam al-Ghazali:

Pertama, jika kecenderungan ikhlas dalam ibadah lebih daripada dunia maka dia memperoleh pahala sekadar ikhlas seperti anggaran ikhlas dalam solat 55% sedangkan 45% lagi kerana mahu menunjuk-nunjuk maka 55% itulah pahalanya.

Kedua, jika tujuan untuk dunia melebihi daripada akhirat dan ketiga, sama banyak antara kedua-duanya, maka sia-sialah amalannya.

Oleh itu, tiga punca riak mesti dihapuskan iaitu mahu dipuji dengan memahami bahawa tersangat rugi mereka yang membeli pujian manusia dengan celaan Allah. Punca kedua, takut dicela dapat dihilangkan dengan meyakini bahawa tidak memberi mudharat segala celaan makhluk sedangkan ikhlas itu melahirkan cinta Allah dan makhluk. Punca ketiga, tamak akan dunia seperti harta dan pangkat dapat dihapuskan jika hamba menghayati bahawa dunia masih samar-samar diperolehi sedangkan reda Allah pasti hilang kerana riak.

Kelak, orang yang riak akan dpanggil pada hari kiamat dengan empat gelaran iaitu:

1. ya muraaii (orang yang riak)

2. ya ghaawi (orang yang sesat)

3. ya faajir (orang yang jahat)

4. ya khaasir (orang yang rugi).

Keempat-empat ini akan disuruh untuk meminta pahala daripada manusia yang menjadi tujuan amalan mereka namun tidak akan berhasil selama-lamanya kerana pahala adalah milik Allah semata-mata.

Kata al-Fudail Rahimahullah: ‘Riak juga terjadi apabila meninggalkan ibadah kerana takut riak. Melakukan ibadah dan meninggalkan ibadah kerana makhluk, juga tergolong dalam riak.’

Suatu masa, jika hamba meninggalkan solat sunat kerana menyangka dia akan riak dengan solat tersebut, maka tindakan meninggalkan solat ini juga adalah riak.

Menjadi hamba yang ikhlas tidak dapat tidak dengan mempelajari tasauf dan beramal dengannya. Tasauflah pelengkap kepada akidah yang benar dan ibadah yang sahih. Ilmu ini berkaitan hati dengan menjauhkan hati hamba daripada sifat-sifat tercela seperti riak, cinta dunia, bakhil dan dengki seterusnya menghiasi hati hamba dengan sifat terpuji seperti zuhud, syukur, sabar dan ingat mati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...