Langkau ke kandungan utama

9 Tips Agar Dakwah Anda Berkesan

Tulisan lama saya pada 2011. Semoga bermanfaat.

Dakwah yang Nabi jalankan dengan sir (rahsia) pada awal penyebaran Islam menjadi perintis kepada perkembangan Islam ke seluruh dunia. Golongan yang menyeru kepada kebaikan (ma'ruf) dan mencegah kemungkaran akan tetap wujud dan berterusan sehingga qiamat.

Dakwah sama ada kepada orang kafir atau pun ummat Islam sendiri perlu mengikut uslub dakwah yang tepat berdasarkan mad'u. Percaturan yang silap memberi padah dan bakal dipulau.

1) Hubungan dengan Allah
2) Pemikiran terbuka
3) Tahu uslub

Gerakan dakwah sama ada di sekolah, kampus dan mana-mana tempat sekalipun tak kan sempurna jika bergantung kepada amal jam'ie (jemaah) sahaja tanpa menitik beratkan amal fardi (seorang). Bukan semua yang dapat menerima seruan dakwah secara umum dan terbuka. Tak dapat tidak mesti muncul sebilangan da'ei yang juga bergerak solo agar dakwah dan tarbiah mampu hidup berterusan. Antara ciri yang perlu ada padanya:

Sebelum menyibukkan diri dengan mengislahkan orang lain, diri sendiri perlu cukup dengan bekalan ilmu dan amal terutamanya ilmu yang fardhu ain. Apa gunanya menjaga hubungan dengan makhluk dengan mengabaikan hubungan dengan Tuhan.

Hidup kita untuk Allah. Beribadat kepadaNya. Tidak beribadat dan beramal seseorang kecuali dengan ilmu kerana ilmu pemula segala amalan.

Hati itu raja bagi kerajaan badan.

Baiknya baiklah segala anggota dan sebaliknya. Seorang murabbi dan da'ie (penyeru)adalah mereka yang berusaha dan dalam mujahadah menyucikan hatinya daripada kekotoran agar ruhani sentiasa kukuh dengan ruh Islam. Walaupun kita sendiri melakukan maksiat, namun tetap wajib mencegah maksiat tersebut yang berlaku pada orang lain.

Berdasarkan suasana moden ini, manusia lebih cenderung kepada perubahan teknologi, hal-hal semasa berbanding sejarah yang lalu.

Da'ie perlu mengikuti perkembangan dunia luar untuk menyesuaikan diri dengan suasana, Selain itu, fatwa-fatwa terbaru ulama' ahli sunnah wal jamaah yang berkembang dari semasa ke semasa perlu diketahui.

Mujahadah para da'ie hanya untuk personal dan tak perlu menyeru mad'u (orang yang diseru) kepada jalan yang sama seperti da'ie yang berpantang daripada makan sebarang syubhah (gula-gula dan makanan ringan).

Luaskan pemikiran dan cegahlah dahulu yang paling banyak masalah atau mudharat jika berlaku pertembungan antara 2 maksiat seperti antara menonton video lucah dengan video nyanyian yang melalaikan. Mad'u tidak semuanya dapat menerima hakikat bahawa adat sehariannya itu maksiat. Oleh itu, jangan terlalu syadid (tegas) menyempaikan risalah Islam.

Lain orang, lain perwatakannya. Da'ie perlu tahu dulu jenis kelompok mad'u dan cara yang dapat diterima oleh mereka.

Bagaimana cara menghadapi golongan yang menyeleweng pada aqidah, golongan yang tidak mengendahkan suruhan dan larangan agama, golongan nakal, golongan pondan dan pengkid dan pelbagai jenis yang lain.


4) Pengorbanan

Seorang da'ie perlu mentarbiah diri sendiri dengan riadhah mujahadah atau ditarbiah oleh orang lain sebelum mentarbiah orang lain agar tertanam di jiwanya mampu berkorban untuk agamanya.

Untuk mengislahkan orang lain, pengorbanan dari segi masa, harta dan kepentingan diri sendiri mesti ada. Luangkan banyak masa untuk mereka. Hari ini berdakwah, bukanlah hari ini kesannya.

Sabar dengan kerenah mad'u juga suatu pengorbanan dan latihan. Andai dakwah dan tarbiah itu mudah, mana mungkin ramai yang tewas pada jalan ini.


5) Mampu mempengaruhi (percakapan dan perbuatan)

Tanpa pengaruh, seorang pendakwah dan pentarbiah tak mampu menjalankan pengislahan dengan baik.

Kita tak mahukan pengaruh dan kemegahan tapi dengannya proses pengislahan berjalan. Maka, da'ie itu perlu tahu phsicology mad'u. Da'ie yang tak melalui jalan mujahadah mungkin gagal menghadapi ujian kemegahan dan mempunyai pengaruh.


6) Thiqah (kepercayaan)

Perbuatan itu lebih nyata daripada kata-kata. Apabila terhakisnya kepercayaan mad'u terhadap da'ie maka bermulalah seruan ditolak kerana majoriti manusia memandang kepada orang yang berkata bukan kepada perkara yang dikata.

Itulah realiti dunia akhir zaman, tidak seperti apa yang disuruh oleh Sayyidina Ali: "Pandanglah kepada perkara yang dikata, jangan dipandang kepada siapa yang berkata."

Oleh itu, segala maksiat dan perkara makhruh (seperti makan secara berdiri) perlu dijauhi bukan semata-mata menjaga kepercayaan umum tapi juga kerana Allah. Lebih-lebih lagi yang perlu dielakkan, berkata tak serupa bikin.


7) Disenangi (memahami)

Perwatakan da'ie juga menjadi ukuran masyarakat. Kadang-kadang dengan membuat lawak juga suatu tarikan. Apabila hilang rasa janggal antara da'ie dan mad'u maka lahirlah persefahaman.

Persefahaman inilah yang memberi peluang kepada da'ie untuk hampir dengan mad'u maka mad'u tak akan berasa segan untuk meluahkan segala masalah untuk diselesaikan bersama.


8) Adil

Apabila berada dalam suatu kelompok maka layanan kepada mereka mesti sama rata. Ketidakadilan menyebabkan ketidakpuasan hati sekaligus membantut usaha dakwah dan tarbiah.


9) Berprinsip (tegas dalam pendirian)

Diri yang berdakwah kadang-kadang dikotori dengan pelbagai cabaran dan penyakit hati. Tetaplah atas prinsip kerana cintaNya.

Apabila mahukan kejayaan dalam dakwah dan tarbiah, tiada apa yang mengubah cita-cita tersebut kecuali kematian. InsyaAllah mendapat pertolongan Allah seandainya kita bersungguh-sungguh menolong agama ini kerana-Nya yang Esa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources. ' S esiapa yang mengenali dirin ya, dia akan mengenali Tuhannya .' M engenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain di lakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup . B ukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya. H amba bersujud dan menunduk kepada Tuhan , namun apa bila ditanya, siapakah Tuhannya , tiada yang diket a hui melainkan nama -nama (Asmaul Husna). M akhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. K erusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya ia i tu dibuat daripada kayu d...

Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya

Oleh: Azim Ismail Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia.  Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan.  Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan jahat nafsu).  Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam. Malaikat : ada aqal tiada nafsu Syaitan : ada nafsu tiada aqal Manusia : ada aqal dan nafsu Maknanya sesiapa yang dapat menolak desakan nafsu maka dia lebih mulia daripada malaikat yang tiada nafsu dan sesiapa yang tewas kepada dorongan nafsu maka dia lebih hina darip...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Program Ambang Ramadan1443/2022 - Bicara Tentang Sifat 20 (50 Ikatan Akidah), Wuduk, Solat dan Puasa Ramadhan

Link FB Live & Slide *Program Ambang Ramadhan 1443 SYAA* Surau Yusof Al-Amin  Cheras Bermodul/Slide  TARIKH : 27.03.2022 AHAD WAKTU : 9.00AM - 2.00PM TENAGA PENGAJAR :  1) Ustaz Izzat Irfan (Guru Takmir Petaling Jaya) 2) Ustaz Azim Ismail (Guru Takmir Hulu Langat)   Kelas 1 Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (50 Ikatan Akidah) - Ust Izzat Kelas 2 Wuduk (Rukun, Sunat & Batal) - Ust Azim Kelas 3 Solat (Syarat, Rukun & Batal) - Ust Azim Kelas 4 Puasa (Syarat, Rukun & Batal) - Ust Izzat Live - Kelas 1 & 2  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1644911952523375&id=1834726341 Slide https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517139406590602&id=100048836416893 Live - Kelas 3 & 4 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=687854576003327&id=1834726341 Slide https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517140386590504&id=100048836416893 Full Slide https://www.slideshare.net/AzimIsmail/panduan-fardhu-ain-tauhid-dan-fiqh Kongsikan m...