Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. Oleh