Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bab Isu Semasa

Foodpanda : Non halal motorbike bawa makanan halal?

Foodpanda : Non halal motorbike bawa makanan halal? Ramai yang tak tahu terutama pelanggan Foodpanda bahawa rider yang hantar makanan terbahagi kepada dua. Rider boleh pilih untuk menjadi penghantar makanan halal atau non halal semasa log in. Dan ia berkekalan sehingga mereka log in semula pada sesi lain untuk memilih semula. Masalahnya, takrifan makanan tak halal bukan hanya berkisar tentang arak, pork dan makanan yang kita maklum haram. Ini adalah takrifan yang saya dapat daripada rider foodpanda. Makanan halal : Semua fast food yang ada sijil halal official seperti KFC, McD dan Burger King. Makanan tak halal : arak, pork dan kedai-kedai makan tepi jalan yang tiada sijil halal. Kedai-kedai ini walaupun diusahakan oleh Melayu Islam seperti cendol, kedai nasi ayam penyet atau pun kedai-kedai India Muslim, tetap dikategorikan sebagai 'makanan non halal' pada request customer foodpanda. Sebab tiada sijil halal walaupun makanan halal. Jadi apa isunya? Boleh jadi anda o...

Memahami Akaun Pelaburan Emas (Gold Account-i)

 Memahami  Akaun Pelaburan Emas ( Gold Account-i) Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020) "Baik saya letak duit tu dalam akaun emas (beli emas) saya, baru berkembang duit. Awal tahun ni saya beli emas RM20k dah dapat untung RM4k dalam masa 5 bulan." Itulah lebih kurang percakapan seorang mak cik kepada kawan saya yang jaga agensi travel (nama dirahsiakan, biasa dia datang sini bagi like satu). Mak cik tu dah bayar duit umrah tapi umrah pula tunda. Itulah, benda nak jadi kan. Hari ini ramai yang sedang kembangkan wang dengan melabur saham, amanah saham (unit trust), ASB financing, simpanan Tabung Haji dan lain-lain. Tapi mungkin ada yang tak perasan atau lupa-lupa ingat bahawa ada satu lagi instrumen kewangan yang boleh diterokai iaitu pelaburan emas. Tak perlu beli emas dan simpan, tunggu harga tinggi terus jual. Itu cara tradisional walaupun masih lagi releven. Tapi cara yang saya nak sampaikan di sini adalah anda boleh beli emas melalui akaun simpanan atau semasa di b...

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram? Oleh: Azim Ismail Kredit: Sinar Harian I nisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan. Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi 1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar 2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar 3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar 4. 2% faedah sebulan untuk pajakan Rujuk: Web KPKT Kita jadi keliru dengan dua perkara 1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman. 2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair) Rujuk: Web KPKT KPKT sepatutnya tinggalkan...

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo Oleh: Azim Ismail Kutipan lebih RM13 juta dalam masa seminggu jelas membuktikan filem Ejen Ali ialah karya yang bermutu terutama dari segi jalan cerita dan grafik. Tiada scene yang bosan sepanjang tayangan. Unsur aksi dan komedi diluahkan bertubi-tubi. Ya, hasil tangan rakyat Malaysia ini telah diangkat seolah-olah setara dengan karya Hollywood meskipun pembikinan filem animasi ini termasuk promosi hanyalah RM6.5 juta berbanding kos beratus-ratus juta untuk menghasilkan sebuah filem animasi Hollywood. Kebetulan, Ejen Ali: Misi Neo sedang bersaing dengan filem antarabangsa, Frozen 2. Ejen Ali membuat kemunculan pertama pada 2016 dan kini hampir 3 tahun setelah itu, filem pertamanya ditayangkan. 3 tahun Wau Animation mengumpul peminat-peminat Ejen Ali seperti hari ini. Apakah faktor pada jalan cerita filem ini yang menjadi kayu ukur kejayaannya? Salah satunya, motivasi watak. kredit: hazwanart ...

Film The Santri: 5 Alasan Kontroversi

Film The Santri: 5 Alasan Kontroversi Oleh: Azim Ismail Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Setelah trailer filem The Santri dilancarkan di akaun YouTube Nahdatul ulama (NU) pada bulan lalu, pelbagai kecaman dan kritikan dilontarkan oleh penonton terutama golongan santri dan para ustaz. Meskipun filem ini pada asasnya seolah olah mempromosi pondok atau pesantren namun kewujudan filem ini ditentang keras oleh para santri atau pelajar pondok. Trailer yang berdurasi seminit setengah itu memaparkan kehidupan seharian para santri di pesantren yang berfokuskan kepada dua remaja yang menjadi teraju utama, iaitu Gus Azmi (Syubbanul Muslimin) dan Wirda Yusuf Mansur (anak kepada Ustaz Yusuf Mansur yang terkenal). Aktiviti pengajaran dan pengajian yang dipimpin oleh ustaz ditayangkan. Selain itu, seni pertahanan diri silat yang berasal daripada rumpun Melayu juga dipertontonkan. Sehinggalah trailer memaparkan perkembangan cerita, Wirda ke Amerika dan berpis...

Bagaimana Blue Whale Challenge Psiko Minda Remaja untuk Membunuh Diri ... Awasi Jagaan Anda

Media sosial digemparkan dengan kematian  Yulia Konstantinova, 15 dan  Nika Volkova, 16 yang mengambil nyawa mereka dengan terjun dari bangunan 14 tingkat.  Yulia memuat naik gambar ikan paus biru di Instagramnya dengan caption 'end' sebelum membunuh diri manakala Nika juga meninggalkan mesej sama di akaun VK (media sosial Russian yang didakwa tapak permainan gila ini) dengan caption "sense is lost... End" . pic: the sun Sebenarnya game ini telah pun dipercayai bermula sejak 2015 lagi apabila  Rina Palenkova mengambil selfie terakhir sebelum melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak laju. Namun masih tiada bukti kukuh untuk menyabitkan game tersebut dengan kematian kira-kira 80 - 130 remaja di Russia antara November 2015 - April 2016. Kanak-kanak/remaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai game ini tidak dibenarkan keluar kerana mendapat ugutan daripada admin/curator.  Setelah pengguna download/menekan link yang diberikan, ...