Langkau ke kandungan utama

Peranan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama

Islam bersumberkan:
1) Al-Quran
2) Hadis
3) Ijmak Ulama
4) Qias Ulama

Inilah empat perkara yang wajib dipegang oleh setiap muslim. Alhamdulillah di Malaysia masih ada golongan yang berpegang teguh kepada keempat-empat sumber. 

Dulu sudah ada golongan yang membawa aliran baru di bumi Tanah Melayu yang bertopengkan penuntut kemerdekaan namun ulama-ulama besar tegas menentang mereka. 

Imam Syafie mengatakan mafhumnya bahawa Al-Quran itu dihuraikan oleh Hadis, Hadis dihuraikan oleh PARA ULAMA (Ijmak dan Qias Ulama).

Ramai ummat Islam yang terpengaruh dengan ideologi baru yang dibawa 72 golongan sesat yang menyeleweng daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) sama ada yang telah timbul atau pun bakal timbul. Mereka juga mendakwa bahawa Al-Quran dan Hadis adalah sandaran mereka tetapi hakikatnya mereka telah tersasar daripada jalan yang sebenar. Antara pecahan daripada Islam yang telah timbul ialah Mujassimah, Khawarij, Syiah, Jabariah dan Qadariah.

Para Ulama silam telah meninggalkan banyak kitab untuk dipelajari oleh ummat Islam seperti makanan yang enak telah tersedia semuanya, kitalah membuat pilihan sama ada mahu makan atau meninggalkannya. 

Kitab-kitab ulama melayu ini masih dipelajari di kebanyakan madrasah dan masjid di seluruh negara. Kitab asas Fardu Ain (wajib dipelajari) iaitu Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf ditekankan. Kitab-kitab karangan ulama inilah termasuk antara sumber Islam yang empat di atas. Ulama mensyarahkan lagi al-Quran dan Hadis yang ringkas, bagaimana ingin kita bersolat tanpa ulasan daripada ulama yang berasaskan al-Quran dan Hadis.

Sesiapa yang mempelajari kitab-kitab Ulama maka seolah-olah mereka telah mempelajari al-Quran dan Hadis dan sesiapa yang mempelajari al-Quran dan Hadis (meninggalkan kitab-kitab ulama) maka mereka akan tenggelam di lautan tang luas.

Syeikh Daud bin Abdullah Fathoni merupakan pengarang ulung di kepulauan Melayu telah menghasilkan pelbagai kitab yang bermula dari asas hinggalah cabang agama yang terperinci seperti Sulamul Mubtadi, Furu'ul Masail dan Masailul Mubtadi.

Manakala Syeikh Wan Ahmad Fathoni yang merupakan guru kepada Tok Kenali dan Tok Janggut juga mahsyur dengan kitab Faridatul Faraid yang membincangkan sifat 20. Beliau juga antara ulama melayu yang berkhidmat di Makkah dan guru yang mengarang dalam bahasa Melayu dan Arab. Kealiman beliau diiktiraf bukan sahaja oleh masyarakat nusantara bahkan muslim di seluruh dunia waktu itu.

Syeikh Abdus Somad Palembang, Syeikh Pak Da IL, Tok Guru Hj Syafiee Kedah dan ramai lagi ulama yang dijadikan sebagai rujukan.

Pengorbanan para ulama ini sepatutnya diingati oleh sekalian ummat yang mana mereka merupakan pewaris Nabi. Antara mereka juga ialah Wali Allah dan ulama akhirat. 

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para Ulama, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surat Fathir: 28)

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, beliau berkata : Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa Sallam ;
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya". (Riawayat al-Bukhari)

Iaitu orang-orang mukmin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...