Langkau ke kandungan utama

Banyak yang Berzikir, Sedikit yang Memahami - Fahamilah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa). 

Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni.

Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini...

Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-mana jua melainkan tempat kotor (macam tandas) dan pada bila-bila masa sahaja. Hanya yang mengingati Allah akan sentiasa berzikir... emmm, macam pelik jer bunyinya bagi golongan yang faham. Berzikir tu maksudnya mengingati la.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, La ilaha illallah, La Hawla wala Quwwata illa billah dll. Cuba check diri masing-masing, kita paham x apa yang kita lafazakan ini? Betul-betul mengerti? Atau semata-mata tahu alih bahasa atau translate sahaja pakai google translate? Untuk apa kita berzikir? Jom sharing is caring.


La ilaha illallah (tahlil)

لا اله الا الله

Tiada Tuhan Melainkan Allah iaitu Tiada yang kaya daripada tiap-tiap sesuatu dan berhajat kepada-Nya oleh tiap-tiap sesuatu (sifat ketuhanan) melainkan Allah. Juga dengan makna Tiada yang layak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Apabila kita mengucapkan lafaz tahlil ini, mesti hadirkan salah satu makna ini. Jika tidak, lafaz itu tidak meninggalkan kesan di hati.

Inilah zikir yang paling afdhal dan utama.


Subhanallah (tasbih)

سبحان الله

Maha Suci Allah iaitu Allah tidak bersifat dengan sifat kekurangan dan tidak menyamai makhluk (seperti mana yang didakwa golongan mujassimah). Apabila kita dah sebati dengan zikir ini, Insya-Allah hati kan tenang dan tiada lagi was-was terhadap Allah. Syaitan akan sentiasa mengambil peluang untuk menanam ragu-ragu dalam hati anak Adam sama ada syak kepada Allah, janji-Nya atau rezeki-Nya.

Apabila melihat keindahan alam, keajaiban dan perkara-perkara pelik, ucapkanlah Subhanallah. Tidak berlaku semua itu melainkan dengan kuasa-Nya.

Dulu pernah sekali time tingkatan 2 kat Maahad KB, lepas solat maghrib on the way nk pergi kelas Quran (bukan nak tunjuk rajin tapi semua pelajar asrama kena pergi), ternampak di dada langit, awan berbentuk "La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah" dalam tulisan arab menegak. Masya-Allah, memang menguatkan keyakinanku ketika itu.


Allah tidak bertempat, tidak berjisim dan berjasad, tidak berkata-kata seperti makhluk, tidak melalui masa. Habis tu, bagaimana Allah?? Bagaimana tu soalan untuk makhluk yang dicipta bukan khaliq sang pencipta. Kita tak kan tahu hakikat Allah yang Qadim. Orang yang mengenal Allah, tak mampu bercerita bagaimanakah Allah dan mengenali Allah itu dengan sifat-Nya bukan zat-Nya.


Alhamdulillah (tahmid)

الحمدلله

Segala Puji Bagi Allah. Semua puji hanya untuk Allah walaupun pada zahirnya ditujukan kepada makhluk. Makhluk tu kan Allah yang cipta dan bagi kelebihan kepada mereka. Apabila didatangi nikmat, bersyukurlah kepada Pemberi yang Maha Pemurah. Salah satu tanda syukur itu dengan melafazkan 'Alhamdulillah' .

Nikmat terbesar yang kita dapat ialah dapat merasai kemanisan iman dan islam. Sama-sama kita jaga dan hidup bersama kedua-duanya.


Allahuakbar (takbir)

الله اكبر

Allah Maha Besar bermaksud Allah yang diperbesarkan dan diagung-agungkan daripada yang lain. Apabila berniaga, nafsu berbisik "kurangkan timbangan sedikit, pelanggan tak tahu. Baru dapat untung" dan iman kata "jujurlah, Allah Maha Melihat". Maka arahan Allah lebih diutamakan daripada perintah nafsu dan syaitan. Apabila azan, maka paham2 lah.


La Hawla wala Quwwata illa billah (hawqalah)

لا حول ولا قوة الا بالله

Tiada daya (untuk melakukan kebaikan) dan kekuatan (untuk menolak keburukan) melainkan dengan kuasa Allah. Kita tahu bahawa Allah menjadikan kita dan perbuatan kita sekaliannya. Cuma akal yang memilih, sama ada nak buat baik atau buruk.

Apabila kita mendapat kejayaan, sandarkanlah ia kepada Allah (walaupun zahirnya kita yang bertungkus-lumus) namun apabila kita ditimpa kegagalan, sandarkanlah ia kepada diri sendiri yang malas berusaha itu. Inilah cara hamba Allah berfikir.

~ Jom muhasabah ~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...