Langkau ke kandungan utama

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources.

'Sesiapa yang mengenali dirinya, dia akan mengenali Tuhannya.'

Mengenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain dilakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup.

Bukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya.

Hamba bersujud dan menunduk kepada Tuhan, namun apabila ditanya, siapakah Tuhannya, tiada yang diketahui melainkan nama-nama (Asmaul Husna). Makhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. Kerusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya iaitu dibuat daripada kayu dan mempunyai empat kaki dan dijadikan tempat duduk.

‘Fikirlah pada ciptaan Allah, jangan kamu fikir tentang zat Allah’
Maka mengenal Tuhan yang tidak dapat dilihat ini adalah dengan mempelajari sifat-sifat-Nya. Apabila sudah memahami sifat-sifat-Nya, hamba akan mengenali Tuhannya. Maka belajarlah sehingga mengenal-Nya.

Salaf dan khalaf berbeza cara untuk mengenal Tuhan mereka. Mencukupi bagi salaf dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis untuk menetapkan iman, sedangkan khalaf perlu menyusun semula cara mengenal Tuhan ini seperti Sifat 20 yang digagaskan oleh Imam Abu Hasan al-Asy'ari (260 - 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (238 - 333H). Zaman mereka masih 300 tahun pertama Islam yang dikhabarkan oleh Rasulullah antara sebaik-baik abad.

Maka bermulalah bicara takwil ayat Tuhan sedangkan sebelum itu mencukupi dengan tafwid (menyerah maksud). Saat itu. aliran-aliran pecahan Islam telah bertambah dengan terbitnya iktikad yang menyeleweng seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Jabariah dan Qadariah (boleh rujuk kitab Tuhfatur Raghibin).

Mengikut asasnya, bermula agama seseorang dengan mengenal Tuhan maka bagaimana dikatakan sah amal ibadahnya tanpa mengenal Tuhannya? Namun Tuhan Maha Penyayang, belajarlah sekarang saat diri mulai sedar dan mohonlah ampunan-Nya.

Namun jika sehingga saat ini, pada umur puluhan tahun ini, masih selesa menyembah Tuhan yang tidak dikenali, muhasabahlah, berdoalah agar Tuhan memberi hidayah (petunjuk) & taufiq (kekuatan untuk menuruti petunjuk). Setelah mengenal Tuhan, semua mampu menikmati kemanisan iman dan amal insya-Allah.

Ilmu tauhid untuk akidah dan pegangan hati manakala Fiqh untuk amalan dan tasauf pula untuk menjaga amalan daripada kerosakan yang tersirat. Dan inilah 3 ilmu Fardu Ain yang wajib ke atas muslim untuk mempelajarinya sebagaimana hadis yang diungkapkan oleh baginda.

Ikatan akidah mukmin itu tersimpul dalam 50 perkara di dalam dua kalimah syahadah iaitu 20 sifat wajib bagi Allah, 20 mustahil bagi Allah dan 1 harus bagi Allah. Secara ringkas, tidak terkira bilangan sifat wajib yang sempurna bagi Allah dan begitu juga sifat mustahil, lawan bagi yang wajib. Iktikad mukmin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat sempurna dan Maha Suci Tuhan daripada setiap sifat kekurangan. Baki 9 parkara lagi adalah 4 sifat wajib bagi rasul, 4 yang mustahil dan 1 harus.

Apakah dalil atau bukti Allah bersifat dengan segala sifat sempurna dan tidak bersifat dengan sifat kekurangan?
Iaitu alam (makhluk) ini. Hanya Tuhan yang sempurna mampu mencipta dan mengawal alam ini. Alam itu sendiri dimaksudkan dengan alamat iaitu tanda (tanda kewujudan Tuhan). Jika manusia menyangka Tuhan itu selain Allah, maka ternyata salah kerana hanya Allah yang bersifat dengan sifat ketuhanan. Begitulah manusia yang bersifat kemanusian dan binatang bersifat dengan kebinatangan. Manusia tidak dipanggil manusia jika tidak bersifat kemanusiaan. Adakah selain Allah, sesuatu lain yang bersifat dengan sifat ketuhanan?

Iman hamba itu mestilah iktikad (pegangan atau kepercayaan) putus yang benar bersandarkan dalil. Tanpa iktikad yang putus, iman hamba akan was-was tidak yakin. Tanpa iktikad yang benar, pegangan hamba sesat dan tanpa dalil, hamba akan menjadi muqallid iaitu mengikut semata-mata tanpa bukti.
Maka disenaraikan penerangan ringkas Sifat 20 daripada Kitab Sifat Dua Puluh karangan Syeikh Ustman bin Abdullah bin Yahya Betawi pada tahun 1303 H, kitab Faridatul Faraid Fi Ilmi Aqaid oleh Syeikh Ahmad al-Fathoni dan kitab Miftahul Murid Fi Ilmu Tauhid tulisan Tuan Minal al-Fathoni.










Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat disebarkan. Wallahu'alam.
Azim Ismail (11.8.2018 19.05PM Bangi)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...