Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya

Oleh: Azim Ismail Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia.  Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan.  Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan jahat nafsu).  Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam. Malaikat : ada aqal tiada nafsu Syaitan : ada nafsu tiada aqal Manusia : ada aqal dan nafsu Maknanya sesiapa yang dapat menolak desakan nafsu maka dia lebih mulia daripada malaikat yang tiada nafsu dan sesiapa yang tewas kepada dorongan nafsu maka dia lebih hina daripada syaitan ya