Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tidak dianju