Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Foodpanda : Non halal motorbike bawa makanan halal?

Foodpanda : Non halal motorbike bawa makanan halal? Ramai yang tak tahu terutama pelanggan Foodpanda bahawa rider yang hantar makanan terbahagi kepada dua. Rider boleh pilih untuk menjadi penghantar makanan halal atau non halal semasa log in. Dan ia berkekalan sehingga mereka log in semula pada sesi lain untuk memilih semula. Masalahnya, takrifan makanan tak halal bukan hanya berkisar tentang arak, pork dan makanan yang kita maklum haram. Ini adalah takrifan yang saya dapat daripada rider foodpanda. Makanan halal : Semua fast food yang ada sijil halal official seperti KFC, McD dan Burger King. Makanan tak halal : arak, pork dan kedai-kedai makan tepi jalan yang tiada sijil halal. Kedai-kedai ini walaupun diusahakan oleh Melayu Islam seperti cendol, kedai nasi ayam penyet atau pun kedai-kedai India Muslim, tetap dikategorikan sebagai 'makanan non halal' pada request customer foodpanda. Sebab tiada sijil halal walaupun makanan halal. Jadi apa isunya? Boleh jadi anda o

Program Ambang Ramadan1443/2022 - Bicara Tentang Sifat 20 (50 Ikatan Akidah), Wuduk, Solat dan Puasa Ramadhan

Link FB Live & Slide *Program Ambang Ramadhan 1443 SYAA* Surau Yusof Al-Amin  Cheras Bermodul/Slide  TARIKH : 27.03.2022 AHAD WAKTU : 9.00AM - 2.00PM TENAGA PENGAJAR :  1) Ustaz Izzat Irfan (Guru Takmir Petaling Jaya) 2) Ustaz Azim Ismail (Guru Takmir Hulu Langat)   Kelas 1 Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (50 Ikatan Akidah) - Ust Izzat Kelas 2 Wuduk (Rukun, Sunat & Batal) - Ust Azim Kelas 3 Solat (Syarat, Rukun & Batal) - Ust Azim Kelas 4 Puasa (Syarat, Rukun & Batal) - Ust Izzat Live - Kelas 1 & 2  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1644911952523375&id=1834726341 Slide https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517139406590602&id=100048836416893 Live - Kelas 3 & 4 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=687854576003327&id=1834726341 Slide https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517140386590504&id=100048836416893 Full Slide https://www.slideshare.net/AzimIsmail/panduan-fardhu-ain-tauhid-dan-fiqh Kongsikan manfaat ini. Terima Kasih

Putus Saf Jika Ada Penghadang atau Langsir Penuh di Surau, Musolla, Madrasah, Khemah, Rumah dan sebagainya?

Jangan putuskan saf solat Tarawih (Surau, Musolla, Madrasah, Khemah, Rumah dan sebagainya). Semalam saya pergi surau pertama (selain surau tepi rumah) untuk bagi tazkirah ringkas Ramadhan. Pada mulanya saya tak perasan ada jemaah yang solat di belakang pintu sebab ketika sampai di situ, jemaah masih tak ramai. Lepas tarawih baru perasan ada jemaah di sebalik pintu dan penghadang kayu bahagian kiri surau (muslimat).  Wujud penghalang (lalu atau lihat) antara imam dengan makmum boleh menyebabkan putus saf. Dengan kata lain, tak sah qudwah (ikut imam). Dah ditegur agar dibetulkan. Hal ini boleh berlaku di mana-mana surau. Kesian jemaah di sebalik pintu dan tabir yang tertutup penuh sebab putus saf. Jangan ada penghalang/dinding/pintu ditutup antara imam dan makmum pada 3 keadaan iaitu:  1. Imam dalam masjid makmum luar masjid. 2. Imam luar masjid (seperti padang) makmum dalam masjid  3. Imam dan makmum kedua-dua di luar masjid seperti khemah, bangunan, pejabat dan madrasah (termasuk surau