Langkau ke kandungan utama

Putus Saf Jika Ada Penghadang atau Langsir Penuh di Surau, Musolla, Madrasah, Khemah, Rumah dan sebagainya?

Jangan putuskan saf solat Tarawih
(Surau, Musolla, Madrasah, Khemah, Rumah dan sebagainya).

Semalam saya pergi surau pertama (selain surau tepi rumah) untuk bagi tazkirah ringkas Ramadhan. Pada mulanya saya tak perasan ada jemaah yang solat di belakang pintu sebab ketika sampai di situ, jemaah masih tak ramai.

Lepas tarawih baru perasan ada jemaah di sebalik pintu dan penghadang kayu bahagian kiri surau (muslimat). 

Wujud penghalang (lalu atau lihat) antara imam dengan makmum boleh menyebabkan putus saf. Dengan kata lain, tak sah qudwah (ikut imam). Dah ditegur agar dibetulkan.

Hal ini boleh berlaku di mana-mana surau. Kesian jemaah di sebalik pintu dan tabir yang tertutup penuh sebab putus saf.

Jangan ada penghalang/dinding/pintu ditutup antara imam dan makmum pada 3 keadaan iaitu: 
1. Imam dalam masjid makmum luar masjid.
2. Imam luar masjid (seperti padang) makmum dalam masjid 
3. Imam dan makmum kedua-dua di luar masjid seperti khemah, bangunan, pejabat dan madrasah (termasuk surau).
Kes ini dalam kategori ketiga.

"Jika mendinding oleh suatu yang menegahkan lalu seperti pagar jarang ATAU menegahkan lihat seperti pintu yang dikatuk dan seumpamanya pintu katuk (ditutup), tabir yang dihulur ....... nescaya tiada sah mengikut (oleh makmum)." 

"Diluaskan hukum bagi imam dan makmum di dalam masjid kerana masjid adalah ketentuan tempat solat."
Iaitu boleh ada tirai penuh atau pintu yang ditutup (asalkan tidak berkunci) antara imam dengan makmum (kedua-dua dalam masjid).

Pedoman Solat Berjemaah, al-Marhum Tuan Guru Abdur Rahman Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas (1969). Ms 7/8

Menegah lalu = tak dapat laluan
Menegah lihat = tak dapat lihat

Di bawah ini adalah penerangan daripada web Jabatan Mufti Negeri Terengganu 
http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/bayan-almunir/persoalan/440-makmum-solat-di-luar-masjid

Apabila imam dan makmum berada di luar masjid atau imam di dalam masjid dan makmum di luarnya, ketika ini disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak terlalu jauh. Dalam hal ini, para ulama ada meletakkan tiga syarat tambahan iaitu:

1. Hendaklah tiada penghadang (halangan) yang menghalang makmum daripada melihat imam atau melihat makmum lain yang melihat imam.

2. Makmum boleh sampai kepada imam tanpa perlu menyimpang dan membelok (daripada arah kiblat)/laluan.

3. Jarak antara kedua-duanya (imam dan makmum) tidak melebihi 300 hasta. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, m/s 297)
.

Adakah surau dikira sebagai masjid?

Musolla, surau dan balai yang digunakan untuk solat lima waktu (walaupun telah dibenarkan untuk didirikan solat Jumaat) tidaklah secara serta merta dihukumkan sebagai masjid selagimana ia tidak diwakafkan sebagai masjid.

Jadi hukum masjid dan surau berbeza. Tiada iktikaf dan solat tahiyyatul masjid di surau, dan tidak haram orang berjunub dan wanita haid berada di surau (bersalahan dengan di masjid).

1. Hasyiah al-Bujairimi :

قوله: (في المسجد) وهو ما وقفه الواقف مسجدا لا رباطا ولا مدرسة كما أفتى به ابن عبد السلام
“Katanya: (di dalam masjid). Masjid itu adalah sesuatu yang diwakafkan oleh pewakaf sebagai masjid, bukan ribat, bukan madrasah sebagaimana yang telah difatwakan oleh Ibnu ‘Abd al-Salam.”

2. Hasyiah al-Syarqawi :

فى المسجد وهو ما وقفه الواقف مسجدا لا رباطا ولا مدرسة
“Di dalam masjid; ia adalah suatu tempat yang telah diwakafkan oleh pewakaf sebagai masjid bukan sebagai pondok atau madrasah.”

3. Hasyiah al-Syarwani :

وخرج بالمسجد مصلى العيد وما بنى فى أرض مستأجرة على صورة المسجد وأذن بانيه فى الصلاة فيه
“Bukan termasuk masjid adalah; tempat solat hari raya dan sesuatu yang dibangunkan di atas tanah persewaan dengan model bangunan masjid dan pendirinya mengizinkan untuk dibuat solat di situ.”

4. Hasyiah I’anah al-Talibin :

ووقفته للصّلاة أى إذا قال الواقف وقفت هذا المكان للصّلاة فهو صريح فى مطلق الوقفيّة وكناية فى خصوص المسجديّة فلا بدّ من نيّتها فإن نوى المسجديّة صار مسجدا وإلاّ صار وقفا على الصّلاة فقط ولم يكن مسجدا كالمدرسة
“Dan saya wakafkan tempat ini untuk solat; ertinya ketika orang yang berwakaf mengatakan ‘saya mewakafkan tempat ini untuk solat’, maka itu adalah perkataan yang soreh (jelas) untuk wakaf secara umum. Ia dikirakan kinayah untuk mengkhususkannya sebagai masjid, maka perlu ada niat sebagai masjid. Jika orang yang berwakaf itu berniat sebagai masjid, maka ia akan menjadi masjid dan jika tidak diniatkan menjadi masjid, maka ia hanya menjadi perwakafan untuk solat sahaja, bukan masjid sepertimana madrasah.”

Beberapa fatwa berkaitan seperti di bawah.

1. Himpunan Fatwa Negeri Kedah m/s 149 jil. 1;
Difahamkan dari nas Tuhfah al-Muhtaj juzuk 6 hal. 251- bahawa setiap wakaf adalah menurut lafaz wakif (pewakaf) dan niatnya. Di dalam masalah surau, musolla dan madrasah yang biasanya digunakan untuk belajar umumi dan bersembahyang jemaah semuanya tertakluk kepada lafaz niat wakif (pewakaf) dan tertakluk kepada syarat wakif (pewakaf) itu. Jika diwakafkan untuk sembahyang padanya, ia adalah kinayah bagi masjid dan bangunan itu tidak akan menjadi masjid kecuali diniatkan sebagai masjid. Jika tidak, maka ia adalah wakaf untuk tempat bersembahyang sahaja.

2. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak;

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa tidak sah iktikaf dan tidak boleh solat tahiyyatul masjid di dalam surau diri Jumaat.

Sumber:

Kesimpulannya, jangan ada penghalang (laluan atau lihat) antara imam dengan makmum (yang kedua-duanya bukan di dalam masjid) agar saf tidak putus dan cukup syarat qudwah (ikut imam). Buka pintu atau sebahagian tabir agar saf tetap bersambung. Wallahu'alam.

empayarislah.blogspot.com

        kredit: Kedai Langsir Nass Deco

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

6 Langkah Mudah Teknik Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing)

Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing) Oleh: Azim Ismail Semoga catatan ringkas ini memberi inspirasi kepada anda dalam pemasaran dan perniagaan anda. Kejayaan dalam pemasaran (marketing) adalah apabila pelanggan tahu pasal produk atau servis anda, setelah itu dia mempercayai apa yang anda tawarkan dan akhirnya, mereka mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk atau servis anda. Pelbagai teknik pemasaran yang wujud pada hari ini bahkan kian bertambah agar sesuai dengan pasaran semasa. Jadi pada tulisan ini, saya cuba memberikan jalan kepada anda untuk menggunakan teknik storytelling dalam pemasaran. Perkara pertama yang anda perlu faham adalah cerita yang hendak ditulis mestilah sentiasa berkait rapat dengan emosi atau perasaan. Anda perlu mahir bermain dengan emosi sama ada sedih, gembira, nostalgia, bimbang atau takut dan lain-lain dalam cerita yang anda tulis. Cerita tidak semestinya panjang. Pendek, ringkas dan sampai maksud kepada pembaca (bakal pembeli/pelanggan...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Banyak yang Berzikir, Sedikit yang Memahami - Fahamilah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa).  Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni. Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini... Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Bagaimana Blue Whale Challenge Psiko Minda Remaja untuk Membunuh Diri ... Awasi Jagaan Anda

Media sosial digemparkan dengan kematian  Yulia Konstantinova, 15 dan  Nika Volkova, 16 yang mengambil nyawa mereka dengan terjun dari bangunan 14 tingkat.  Yulia memuat naik gambar ikan paus biru di Instagramnya dengan caption 'end' sebelum membunuh diri manakala Nika juga meninggalkan mesej sama di akaun VK (media sosial Russian yang didakwa tapak permainan gila ini) dengan caption "sense is lost... End" . pic: the sun Sebenarnya game ini telah pun dipercayai bermula sejak 2015 lagi apabila  Rina Palenkova mengambil selfie terakhir sebelum melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak laju. Namun masih tiada bukti kukuh untuk menyabitkan game tersebut dengan kematian kira-kira 80 - 130 remaja di Russia antara November 2015 - April 2016. Kanak-kanak/remaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai game ini tidak dibenarkan keluar kerana mendapat ugutan daripada admin/curator.  Setelah pengguna download/menekan link yang diberikan, ...