Langkau ke kandungan utama

Memahami Akaun Pelaburan Emas (Gold Account-i)

 Memahami Akaun Pelaburan Emas (Gold Account-i)

Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020)

"Baik saya letak duit tu dalam akaun emas (beli emas) saya, baru berkembang duit. Awal tahun ni saya beli emas RM20k dah dapat untung RM4k dalam masa 5 bulan."
Itulah lebih kurang percakapan seorang mak cik kepada kawan saya yang jaga agensi travel (nama dirahsiakan, biasa dia datang sini bagi like satu). Mak cik tu dah bayar duit umrah tapi umrah pula tunda. Itulah, benda nak jadi kan.

Hari ini ramai yang sedang kembangkan wang dengan melabur saham, amanah saham (unit trust), ASB financing, simpanan Tabung Haji dan lain-lain. Tapi mungkin ada yang tak perasan atau lupa-lupa ingat bahawa ada satu lagi instrumen kewangan yang boleh diterokai iaitu pelaburan emas.
Tak perlu beli emas dan simpan, tunggu harga tinggi terus jual. Itu cara tradisional walaupun masih lagi releven. Tapi cara yang saya nak sampaikan di sini adalah anda boleh beli emas melalui akaun simpanan atau semasa di bank.

Tak perlu pening belajar pelbagai teknik. Beli emas melalui akaun bank anda, pihak bank simpan emas, harga emas naik, anda untung. Boleh keluarkan wang tersebut hingga capai min balance (berbeza ikut bank).
Contoh di sini, akaun pelaburan emas oleh Bank Muamalat bermula dengan hanya RM10.
Cuba lihat harga emas sepanjang tahun ini dan beberapa tahun yang lalu pada gambar di bawah ini.





Yang dah melabur dalam akaun emas sejak 2018 hingga sekarang, mungkin dah kaya raya 😄.
Tapi perlu diingatkan bahawa ini pelaburan, di mana ada potensi untung mesti wujud juga risiko rugi.
Jika harga emas turun, rugilah ia.

Satu lagi, akaun pelaburan emas ini tidak dijamin oleh PIDM (tidak seperti akaun simpanan).
Jika harga emas jatuh terduduk, anda boleh rugi serugi-ruginya. Realitinya mungkin sukar terjadi pada waktu begini. Belajar dan kaji.

Dan wajib pastikan akaun pelaburan yang anda sertai adalah PATUH SYARIAH sebab bukan semua yang disahkan patuh Syariah.
Muamalat Gold-i Account (Bank Muamalat), Gold-i Account (KFH), Maybank Islamic Gold Account-i (Maybank Islamic Berhad) dan Affin Emas-i (Affin Islamic Bank) adalah contoh akaun pelaburan emas yang patuh syariah. Selain itu, institusi bukan perbankan juga ada menawarkan akaun pelaburan emas islamik.

Sekian ringkasan daripada saya. Silalah terokai website-website yang berkenaan kerana syarat, min deposit, min balance, min purchase, annual fee, withdrawal fee, physical withrawal fee berlainan antara bank-bank tersebut.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

6 Langkah Mudah Teknik Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing)

Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing) Oleh: Azim Ismail Semoga catatan ringkas ini memberi inspirasi kepada anda dalam pemasaran dan perniagaan anda. Kejayaan dalam pemasaran (marketing) adalah apabila pelanggan tahu pasal produk atau servis anda, setelah itu dia mempercayai apa yang anda tawarkan dan akhirnya, mereka mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk atau servis anda. Pelbagai teknik pemasaran yang wujud pada hari ini bahkan kian bertambah agar sesuai dengan pasaran semasa. Jadi pada tulisan ini, saya cuba memberikan jalan kepada anda untuk menggunakan teknik storytelling dalam pemasaran. Perkara pertama yang anda perlu faham adalah cerita yang hendak ditulis mestilah sentiasa berkait rapat dengan emosi atau perasaan. Anda perlu mahir bermain dengan emosi sama ada sedih, gembira, nostalgia, bimbang atau takut dan lain-lain dalam cerita yang anda tulis. Cerita tidak semestinya panjang. Pendek, ringkas dan sampai maksud kepada pembaca (bakal pembeli/pelanggan...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Bagaimana Blue Whale Challenge Psiko Minda Remaja untuk Membunuh Diri ... Awasi Jagaan Anda

Media sosial digemparkan dengan kematian  Yulia Konstantinova, 15 dan  Nika Volkova, 16 yang mengambil nyawa mereka dengan terjun dari bangunan 14 tingkat.  Yulia memuat naik gambar ikan paus biru di Instagramnya dengan caption 'end' sebelum membunuh diri manakala Nika juga meninggalkan mesej sama di akaun VK (media sosial Russian yang didakwa tapak permainan gila ini) dengan caption "sense is lost... End" . pic: the sun Sebenarnya game ini telah pun dipercayai bermula sejak 2015 lagi apabila  Rina Palenkova mengambil selfie terakhir sebelum melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak laju. Namun masih tiada bukti kukuh untuk menyabitkan game tersebut dengan kematian kira-kira 80 - 130 remaja di Russia antara November 2015 - April 2016. Kanak-kanak/remaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai game ini tidak dibenarkan keluar kerana mendapat ugutan daripada admin/curator.  Setelah pengguna download/menekan link yang diberikan, ...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link