Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bab Akidah

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources. ' S esiapa yang mengenali dirin ya, dia akan mengenali Tuhannya .' M engenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain di lakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup . B ukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya. H amba bersujud dan menunduk kepada Tuhan , namun apa bila ditanya, siapakah Tuhannya , tiada yang diket a hui melainkan nama -nama (Asmaul Husna). M akhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. K erusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya ia i tu dibuat daripada kayu d...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...

Peranan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama

Islam bersumberkan: 1) Al-Quran 2) Hadis 3) Ijmak Ulama 4) Qias Ulama Inilah empat perkara yang wajib dipegang oleh setiap muslim. Alhamdulillah di Malaysia masih ada golongan yang berpegang teguh kepada keempat-empat sumber.  Dulu sudah ada golongan yang membawa aliran baru di bumi Tanah Melayu yang bertopengkan penuntut kemerdekaan namun ulama-ulama besar tegas menentang mereka.  Imam Syafie mengatakan mafhumnya bahawa Al-Quran itu dihuraikan oleh Hadis, Hadis dihuraikan oleh PARA ULAMA (Ijmak dan Qias Ulama). Ramai ummat Islam yang terpengaruh dengan ideologi baru yang dibawa 72 golongan sesat yang menyeleweng daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) sama ada yang telah timbul atau pun bakal timbul. Mereka juga mendakwa bahawa Al-Quran dan Hadis adalah sandaran mereka tetapi hakikatnya mereka telah tersasar daripada jalan yang sebenar. Antara pecahan daripada Islam yang telah timbul ialah Mujassimah, Khawarij, Syiah, Jabariah dan Qada...