Langkau ke kandungan utama

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018)

Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain.

Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan.

Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Malik, Imam Malik pula guru Imam Syafie dan Imam Syafie ialah guru Imam Ahmad bin Hambal. Keempat-empat mazhab ini adalah pengikut Nabi Muhammad. Kenapa tidak bermazhab? Sedangkan ramai pakar-pakar seperti Hajjatul Islam, Imam al-Ghazali dan majoriti ulama’ dan Wali Allah Tanah Melayu sepertti Tok Kenali, Tok Bachok, Syeikh Daud al-Fathoni dan Syeikh Abdus Somad al-Falembani juga pengikut mazhab Syafie.

Tasauf pula diibaratkan bak buah-buahn manis pada pokok tersebut. Untuk merasai kemanisan beribadah, dalamilah tasauf. Belajarlah tasauf yang asas untuk mencapai matlamat agar hati terhindar daripada 10 sifat terkeji yang utama dan dihiasi dengan 10 sifat terpuji yang utama. Tiada yang sesat bagi sesiapa yang mendalami tasauf bahkan akhlaknya dengan manusia (makhluk) dan Allah (khalik) sentiasa terjaga dan dibajai.

Kesalahan sesetengah penuntut ilmu apabila melangkau anak tangga sehingga rebah tersungkur di lantai. Hamba perlu memahami ketiga-tiga Fardu Ain ini dahulu sebelum bertindak mempelajari ilmu tasauf mukasyafah itu ilmu tasauf yang dalam. Jika asas tasauf pun tidak lepas, bagaimana mahu memahami ilmu tasauf yang lebih dalam. Matematik pun failed, jangan harap nak dapat A Ekonometrik dan Statistik. Hati pun masih kotor dengan dengki, riak dan mahu karamah, maka sentiasalah terhijab hamba tersebut daripada sampai kepada Allah.

Ibadah adalah penyembahan Tuhan untuk dinilai Tuhan. Bukankah kesalahan besar, melakukan sembahan kepada Tuhan tetapi bertujuan untuk ditonton makhluk yang tiada apa-apa? Adakah peganganku bahawa makhluk yang memberi pahala. Adakah syurga di tangan makhluk?

Andai rasa riak muncul, tentanglah ia dengan bersungguh-sungguh (mujahadah). Pujuklah hati agar sentiasa istiqamah bermatlamatkan cinta Allah. Sentiasa ingatkan hati bahawa makhluk tidak mampu memberiku apa-apa. Hasutan syaitan tidak mampu memberi mudarat melainkan jika aku yang menerimanya sebagai tetamu di rumah hati.

Hati yang bersih sahaja akan selamat daripada dihuni syaitan dan dipengaruhi nafsu tercela. Singkirkan segala sifat terkeji terutama 10 yang utama seperti tercatat di dalam kitab Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili. Kemudian isilah hati dengan 10 sifat mahmudah yang utama pula. Tidak semudah tulisan dan kata-kata, membersihkan hati memerlukan riadah mujahadah (latihan & bersungguh-sungguh) yang berterusan sehingga akhir nafas.

‘dan mereka yang bersungguh-sungguh (mencari keredaan) di jalan kami, maka Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami (permudahkan)…’ (Surah al-Ankabut, 29: 69)

Jika suatu hari nanti, aku meninggalkan dunia ini sebelum sepenuhnya hati ini suci seperti para kekasih Allah, maka itulah suatu ‘syahid’ kerana mati di dalam peperangan menentang hawa nafsu. Rasulullah pernah menyatakan bahawa peperangan yang besar adalah peperangan menentang hawa nafsu di dalam diri setelah pulang daripada suatu peperangan menentang musuh Islam.

Persoalan saya, apakah kebaikan penentang tasauf dapat? Adakah kerana tariqah dan hakikat menyimpaang daripada pegangan mereka? Adakah mereka mahu menghukum wali-wali Allah sesat kerana para wali Allah kebanyakannya mempelajari tariqah dan mengamalkan zikir-zikirnya. Syeikh Abu Hassan as-Syazili, Syeikh Junaid al-Baghdadi dan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani merupakan pengasas aliran tariqah dan ketua wali abad mereka. Ramai ulama’ di Malaysia adalah pengikut tariqah Ahmadiah sedangkan JAKIM dan majlis fatwa negeri tidak pernah mengeluarkan fatwa menyesatkan tariqah ini. Jika ada yang digazetkan sebagai sesat, sememangnya tariqah itu ada yang mengelirukan. Jadi apa motif sesetengah manusia yang menggelarkan diri mereka ‘agamawan’ ini menyesatkan seluruh tasauf dan tariqah sebagai bidaah yang bukan daripada Nabi?

Adakah mereka mahu berperang dengan Allah kerana menghina kekasih Allah? Mereka ini galak menyesatkan ulama’ sufi hari ini namun tiada pula mereka menyesatkan ulama’-ulama’ besar yang terdulu meskipun ulama’ sufi hari ini di atas yang sama dengan ulama’ yang dulu. Kenapa golongan ini diam? Adakah kerana takut hilang pengaruh apabila menghentam ulama’-ulama’ besar berpengaruh yang berjalan di atas jalanan tasauf? Double standard apa yang dimainkah oleh puak ini? Mereka tidak ramai tetapi bunyi sangat bising di sana sini. Baru dapat PhD dalam satu kajian yang difokuskan, bagai reti seluruh kitab dan ilmu Islam. Betapa sombongnya puak ini dengan ulama’-ulama’ muktabar terdahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

6 Langkah Mudah Teknik Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing)

Penceritaan dalam Pemasaran (Storytelling in Marketing) Oleh: Azim Ismail Semoga catatan ringkas ini memberi inspirasi kepada anda dalam pemasaran dan perniagaan anda. Kejayaan dalam pemasaran (marketing) adalah apabila pelanggan tahu pasal produk atau servis anda, setelah itu dia mempercayai apa yang anda tawarkan dan akhirnya, mereka mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk atau servis anda. Pelbagai teknik pemasaran yang wujud pada hari ini bahkan kian bertambah agar sesuai dengan pasaran semasa. Jadi pada tulisan ini, saya cuba memberikan jalan kepada anda untuk menggunakan teknik storytelling dalam pemasaran. Perkara pertama yang anda perlu faham adalah cerita yang hendak ditulis mestilah sentiasa berkait rapat dengan emosi atau perasaan. Anda perlu mahir bermain dengan emosi sama ada sedih, gembira, nostalgia, bimbang atau takut dan lain-lain dalam cerita yang anda tulis. Cerita tidak semestinya panjang. Pendek, ringkas dan sampai maksud kepada pembaca (bakal pembeli/pelanggan...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Bagaimana Blue Whale Challenge Psiko Minda Remaja untuk Membunuh Diri ... Awasi Jagaan Anda

Media sosial digemparkan dengan kematian  Yulia Konstantinova, 15 dan  Nika Volkova, 16 yang mengambil nyawa mereka dengan terjun dari bangunan 14 tingkat.  Yulia memuat naik gambar ikan paus biru di Instagramnya dengan caption 'end' sebelum membunuh diri manakala Nika juga meninggalkan mesej sama di akaun VK (media sosial Russian yang didakwa tapak permainan gila ini) dengan caption "sense is lost... End" . pic: the sun Sebenarnya game ini telah pun dipercayai bermula sejak 2015 lagi apabila  Rina Palenkova mengambil selfie terakhir sebelum melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak laju. Namun masih tiada bukti kukuh untuk menyabitkan game tersebut dengan kematian kira-kira 80 - 130 remaja di Russia antara November 2015 - April 2016. Kanak-kanak/remaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai game ini tidak dibenarkan keluar kerana mendapat ugutan daripada admin/curator.  Setelah pengguna download/menekan link yang diberikan, ...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link