Langkau ke kandungan utama

Film The Santri: 5 Alasan Kontroversi

Film The Santri: 5 Alasan Kontroversi

Oleh: Azim Ismail
Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam



Setelah trailer filem The Santri dilancarkan di akaun YouTube Nahdatul ulama (NU) pada bulan lalu, pelbagai kecaman dan kritikan dilontarkan oleh penonton terutama golongan santri dan para ustaz.

Meskipun filem ini pada asasnya seolah olah mempromosi pondok atau pesantren namun kewujudan filem ini ditentang keras oleh para santri atau pelajar pondok.

Trailer yang berdurasi seminit setengah itu memaparkan kehidupan seharian para santri di pesantren yang berfokuskan kepada dua remaja yang menjadi teraju utama, iaitu Gus Azmi (Syubbanul Muslimin) dan Wirda Yusuf Mansur (anak kepada Ustaz Yusuf Mansur yang terkenal).

Aktiviti pengajaran dan pengajian yang dipimpin oleh ustaz ditayangkan. Selain itu, seni pertahanan diri silat yang berasal daripada rumpun Melayu juga dipertontonkan.

Sehinggalah trailer memaparkan perkembangan cerita, Wirda ke Amerika dan berpisah dengan Azmi. Konflik atau klimaks filem ini digambarkan bahawa Azmi sebagai hero menentang watak antagonis secara atas talian.

Trailer diakhiri dengan ucapan Ketua Umum NU dan pengarah filem, Livi Zheng. Mereka menyeru semua untuk menonton filem ini di pawagam.

Lantas, apa masalah pada filem ini dan kenapa diboikot secara meluas di Indonesia?

GAMBARAN KEHIDUPAN SANTRI YANG MENYELEWENG DAN TIDAK BENAR.

Satu isu yang paling dominan dalam filem ini ialah ikhtilat yang bebas atau pergaulan yang tidak selari dengan syariat.

Meskipun tiada adegan berpegang tangan dan berpelukan antara lelaki dan perempuan seperti di dalam kebanyakan drama dan sinetron namun scene santri lelaki dan perempuan yang berjalan seiringan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana Pesantren di Indonesia mahupun pondok-pondok di Malaysia.

Adakah filem yang dipromosi oleh NU ini ingin menukar paradigma atau pandangan agamawan dan rakyat Indonesia amnya agar lelaki dan perempuan perlu bercampur barulah dianggap sebagai masyarakat berfikiran terbuka dan berminda kelas pertama?

Adakah mereka mahu mengubah ajaran Islam yang hanya membolehkan pergaulan antara lelaki dan perempuan pada waktu urusan yang harus?

Sedangkan isteri Rasulullah ketika rumah baginda didatangi sahabat, mereka bercakap di sebalik tirai. Jika benar-benar Islam diamalkan.

Kita tidak menolak realiti hari ini bahawa hampir seluruh urusan wujudnya pergaulan antara lelaki dan perempuan, namun menggambarkan santri lelaki dan perempuan bercampur aduk adalah mesej yang salah tentang realiti santri.

IKHTILAT

Semestinya perihal ikhtilat dan cinta yang tidak syarie menjadi isu utama filem ini. Bagaimana mungkin Pesantren yang kukuh ilmu agamanya dan terjaga biahnya hanya membiarkan sahaja pergaulan bebas tersebut.

Lihatlah trailer pada minit 0:08, santri lelaki dan santri perempuan berjalan seiringan. Adakah filem ini mahu mengubah pandangan masyarakat terhadap pesantren atau mahu memberi mesej halus bahawa Pesantren perlu berfikiran terbuka lalu membenarkan santri lelaki dan perempuan bercampur seperti di sekolah-sekolah biasa?

Lebih menjengkelkan, Azmi dan Wirda berpandangan sesama sendiri pada minit 1:25 dan dilabelkan 'Friendship' dan 'Faith' iaitu persahabatan dan kepercayaan. Emm, mungkin scene romantis ini diharuskan atas dasar persahabatan?


Selain itu, ketika kamera fokus ke arah kaki para santri sekaligus menunjukkan kaki santri perempuan yang tidak berstokin. Ini Pesantren, semestinya para santri diajar agama sedalam-dalamnya. Aurat perempuan di sisi mazhab Syafie adalah seluruh badan kecuali wajah dan tangan. Negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Malaysia dan Brunei umumnya berpegang kepada mazhab Syafie. Meskipun begitu, tidak perlu diperdebatkan isu khilafiyyah antara mazhab ini dan 'khuruj minal khilaf mustahabb' (Keluar daripada khilaf itu disukai).

MALAH USTAZ JUGA BERMASALAH?

Pada minit 0:45, Ustaz bersama beberapa santri menaiki kereta lembu (atau sapi mungkin). Apa isunya?

Kok bisa ustaz membiarkan santri lelaki dan perempuan iaitu Azmi dan seorang santri perempuan duduk begitu rapat seperti layaknya suami dan isteri. Ustaznya hanya tersenyum di depan. 

Realitinya, jika didapati santri lelaki dan perempuan dalam keadaan begitu, mesti akan dikenakan tindakan tegas oleh ustaz atau pentadbir Pesantren. Ini bukan masalah disiplin yang kecil.

Anehnya, ustaz bagai tidak berfungsi pada waktu itu, sebagai pendidik Santri dan pencegah kemungkaran yang nyata. Ustaz bukan hanya pengajar semata-mata. Ustaz dan ustazah adalah individu yang berperanan besar membentuk para pelajar dan santri. Pembentukan ini didasari dengan ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. 

LEBIH PARAH LAGI ADANYA ADEGAN KHALWAT?

Pada minit 1:10, adakah Azmi dan Wirda hanya berdua-duaan di dalam hutan? Azmi berjalan di tepi kuda yang ditunggangi Warda dan dia memberikan sebuah buku kepada santri perempuan itu.

Lelaki dan perempuan yang bukan mahram haram berdua-duaan sama ada di dalam kamar atau di dalam hutan. Adakah dengan alasan ala-ala percintaan, kedua-dua 'santri' ini berhak berdua-duaan seperti gaya barat?

Khalwat itu bukan perkara kecil, namun kenapa filem ini meletakkan adegan berdua-duaan dan disandarkan tindakan tersebut pada watak santri?

"Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya." Riwayat Muslim (3112)

KETERBUKAAN MENGUNJUNGI RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

Saya tidaklah mahu mempertikaikan plot perkembangan filem ini yang memilih Amerika Syarikat sebagai perjalanan atau laluan seterusnya bagi santri.

Islam dan pengajiannya tidak hanya berfokus di Timur Tengah. Bahkan Oxford dan Cambridge juga menawarkan kuliah dalam pengajian Islam. 

Salah seorang bekas santri atau pelajar pondok dari Malaysia bernama Dato' Dr Afifi al-Akiti (Syeikh Afifi) pada hari ini merupakan Felo KFAS dalam Pengajian Islam di Oxford Centre for Islamic Studies, Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford dan Felo di Kolej Worcester, Oxford. Beliau dilahirkan pada 1976 dan sekarang berumur 43 tahun.

Beliau berjaya mendapatkan first class degree dalam Scholastic Philosophy  and History if Science dari Queen's University Belfast. Seterusnya menyambung pengajian sarjana dan PhD di Universiti Oxford. Inilah salah satu contoh santri yang amat luar biasa dan terus menyumbang kepada masyarakat.

Kembali kepada filem ini, perihal Warda dan temannya masuk ke gereja dan memberi sesuatu seperti hadiah  daripada daun pisang? kepada paderi juga diperdebatkan. 

Mungkin pengarah filem mahu menggambarkan tentang kedamaian dan Islam tidak pernah bermusuh dengan agama lain termasuklah Kristian.

Adakah perkara tersebut dibolehkan di dalam Islam? Inilah pendapat ulama-ulama Islam dalam isu ini.

1. Haram: Imam ar Ramli dan Imam Ibnu Hajar al Haitami kerana gereja dan rumah ibadat agama lain. Ulama mazhab Syafie mengharamkannya kerana terdapat patung-patung. (Nihayatul Muhtaj 2/63, Kifayatul Muhtaj 2/424).

2. Makhruh: Sebahagian Ulama Hanafi. Imam Nujaim menukilkan fatwa Ibn al-'Aala al-Ansari bahawa makhruh memasuki biara Yahudi dan gereja Nasrani kerana tempat berkumpulnya syaitan. Pandangan lebih tepat menurut Imam Nujaim ialah Makhruh Tahrimi (Hasyiah Ibn Abidin 1/380, al-Bahr ar-Ra'iq 1/480 dan 7/214, Al-Fatawa al-Hindiyyah 5/346)

3. Harus: Menurut Ibn Qudamah dan al-Mardawi daripada mazhab Hambali. (al-Mughni 8/113 dan 2/57) Kebanyakan mereka mengharuskan muslim memasuki gereja apabila tiada patung.

Berbeza pula perbahasan menerima walimah yang diadakan di gereja. Lebih-lebih lagi jika kehadiran kita memberi manfaat kepada dakwah Islam (Sunat menurut ulama mazhab Syafie - I'anatu at-Tholibin 3/408).

Ringkasan daripada Irsyad Fatwa #248 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia

KESIMPULAN

Adakah filem The Santri ini benar-benar menggambarkan realiti kehidupan santri di Pesantren atau hanyalah satu alat untuk menanamkan pemikiran bebas kepada santri khasnya dan muslimin amnya?

Ramai agamawan dan santri menentang filem ini meskipun belum ditayangkan. Mereka tegar memboikot filem arahan Livi Zheng yang disokong oleh Nahdatul Ulama (NU) itu. NU yang sekarang di bawah KH Said Aqil Siroj berbeza benar dengan yang dulu 

Ingatlah bahawa Pesantren adalah benteng terakhir umat Islam di Nusantara. Merdeka kita daripada penjajah adalah dengan sokongan kuat oleh Pesantren dan kini minda masyarakat pula terjajah. Wallahu'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources. ' S esiapa yang mengenali dirin ya, dia akan mengenali Tuhannya .' M engenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain di lakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup . B ukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya. H amba bersujud dan menunduk kepada Tuhan , namun apa bila ditanya, siapakah Tuhannya , tiada yang diket a hui melainkan nama -nama (Asmaul Husna). M akhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. K erusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya ia i tu dibuat daripada kayu d...

Perbezaan antara Kalendar Hijrah dengan Masihi, Cina dan Hindu

Kegemilangan sesuatu tamadun tidak dapat tidak daripada dikaitkan dengan kalendar masing-masing. Pelbagai tamadun telah muncul, pelbagai kalendar tarikh muncul. Namun kini, Takwim Masihi yang mendapat liputan meluas dan diguna pakai di seluruh dunia.  Penguasaan takwim ini secara langsung telah menyisihkan Takwim Hijrah iaitu kalendar rasmi ummat Islam. Takwim Hijrah hanya dirujuk untuk sambutan hari kebesaran dalam Islam sahaja seperti Hari Raya, Maulidur Rasul dan Ramadhan, tidak lagi seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Islam dulu kala. Takwim atau kalendar : suatu kaedah purba membahagikan masa kepada tarikh-tarikh tertentu bagi sesuatu kaum/agama. Terlalu banyak takwim yang dilahirkn berdasarkan peristiwa masing-masing. Antara yang popular ialah : 1) Takwim Hijrah  Diasaskan oleh Khalifah Islam ke-3, Sayyidina Umar al-Khattab R.A.  Pengiraan bermula dari tarikh Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Madinah....

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo Oleh: Azim Ismail Kutipan lebih RM13 juta dalam masa seminggu jelas membuktikan filem Ejen Ali ialah karya yang bermutu terutama dari segi jalan cerita dan grafik. Tiada scene yang bosan sepanjang tayangan. Unsur aksi dan komedi diluahkan bertubi-tubi. Ya, hasil tangan rakyat Malaysia ini telah diangkat seolah-olah setara dengan karya Hollywood meskipun pembikinan filem animasi ini termasuk promosi hanyalah RM6.5 juta berbanding kos beratus-ratus juta untuk menghasilkan sebuah filem animasi Hollywood. Kebetulan, Ejen Ali: Misi Neo sedang bersaing dengan filem antarabangsa, Frozen 2. Ejen Ali membuat kemunculan pertama pada 2016 dan kini hampir 3 tahun setelah itu, filem pertamanya ditayangkan. 3 tahun Wau Animation mengumpul peminat-peminat Ejen Ali seperti hari ini. Apakah faktor pada jalan cerita filem ini yang menjadi kayu ukur kejayaannya? Salah satunya, motivasi watak. kredit: hazwanart ...

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram? Oleh: Azim Ismail Kredit: Sinar Harian I nisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan. Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi 1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar 2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar 3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar 4. 2% faedah sebulan untuk pajakan Rujuk: Web KPKT Kita jadi keliru dengan dua perkara 1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman. 2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair) Rujuk: Web KPKT KPKT sepatutnya tinggalkan...