Langkau ke kandungan utama

Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Syaaban Kecuali Dua Keadaan (Dalil)

Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Syaaban Kecuali Dua Keadaan

Ramai lagi yang pening dengan hukum berpuasa selepas nifsu Syaaban iaitu bermula 16 Syaaban hingga akhir Syaaban. Haram dan tidak sah berpuasa sunat selepas Nisfu Syaaban (15 Syaaban)

"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:

"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa".

Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini". Rujuk: bahrusshofa

Dua keadaan tersebut adalah:

1. Puasa Beradat

Iaitu puasa setiap hari Isnin atau Khamis atau kedua-duanya yang telah biasa diamalkan. Selepas 15 Syaaban, puasa tersebut tidak haram untuk diamalkan.

2. Puasa Berterusan dari 15 Syaaban hingga ke akhir

Jika dia berpuasa dari 15 Syaaban, 16 dan 17 hb lalu 18 hb dia meninggalkan puasa (walaupun dengan uzur). Jadi haram untuknya berpuasa sunat pada 19 hb hingga akhir Syaaban.

Adapun puasa wajib, boleh diamalkan seperti qadha Ramadhan dan nazar (yang lalu).

Kitab-kitab ulama Syafieyyah menukilkan bahawa haram berpuasa sunat selepas Nisfu Syaaban seperti

1. Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah jilid 2 halaman 82.

2. Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalamnya, kitab Fathul Mu'in halaman 60.

3. Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani dalam kitabnya, Fathul 'Allam, juzuk 4 halaman 152-153.

4. Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi di dalam kitabnya, "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" pada halaman 125.



pic : Karya Ulama

Manakala Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis di dalam "Fathul Mu`in"

(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ..., dan demikian pula haram puasa selepas Nisfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunat.




Kitab-kitab Jawi di Malaysia ditulis dengan pegangan mazhab Syafie, sebab itulah hukum yang dinyatakan haram meskipun terdapat khilaf dengan mazhab lain (kerana berbeza sandaran hukum). 

Boleh buka kitab asas Fardu Ain seperti Sullamul Mubtadi oleh Syeikh Daud al-Fathoni, Bidayatul Mubtadi, Sabiilal Muhtadin oleh Syeikh Arsyad al-Banjari dan lain-lain. Wallahu'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...