Langkau ke kandungan utama

Masih Ramai Yang Tidak Membayar Zakat Harta di Malaysia - Nisab Zakat Harta Seluruh Malaysia

Masih Ramai Yang Tidak Membayar Zakat Harta di Malaysia

Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020)


Sebenarnya Ramai yang Tak Bayar Zakat Harta, Mungkin Kita Salah Satu daripada Mereka. Sejarah mencatatkan bahawa Sayyidina Abu Bakar RA pernah berperang dengan golongan yang enggan menunaikan zakat. 

Kini kita sudah menghampiri akhir Ramadhan dan mungkin ramai yang telah membayar zakat fitrah. Namun lain pula ceritanya dengan zakat harta sedangkan potensi kutipan zakat harta lebih besar daripada zakat fitrah. 

Saya menonton perbentangan tentang Cadangan Kodifikasi Akta Zakat Nasional oleh Tuan Sofiane ESa di laman Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (SKIK 2020). Tujuan utama akta ini untuk mengelakkan umat Islam daripada dosa besar akibat tidak menunaikan zakat dan menjadikan mereka patuh seperti mana mereka patuh membayar cukai. 

Berikut adalah golongan umat Islam yang tidak membayar zakat harta di Selangor sama ada mereka enggan atau tidak tahu. 

60% masyarakat Islam di Selagor tidak membayar zakat (Utusan Malaysia 2016)

1.2 juta orang yang layak tidak membayar zakat di Selangor (Sinar Harian 2017)

Potensi kutipan LZS berjumlah RM 3 billion jika semua yang layak menunaikan zakat di Selangor (Sinar Harian 2017).

Zakat harta ini termasuklah perniagaan, pendapatan, emas dan simpanan.

Nisab berdasarkan nilai emas 85g dan berbeza pada setiap negeri. 

Berikut adalah nisab TERKINI bagi setiap negeri di Malaysia. Saya rujuk dalam website negeri masing-masing. (April 2020)

1. Selangor RM 16690.00

2. Wilayah Persekutuan RM 15762.00

3. Kelantan RM 15972.06

4. Terengganu RM 13972.91

5. Kedah RM 15767.73

6. Perlis RM 18666.63

7. Pulau Pinang RM 15885.00

8. Johor RM 20019.85

9. Melaka RM 15767.73

10. Perak RM 20019.85

11. Negeri Sembilan RM 14784.14

12. Pahang [April] RM 18669.63

13. Sabah RM 15800.00

14. Sarawak RM 17296.00

Maka kadar zakat iaitu 2.5% atau 1/40 daripada harta tersebut perlu dikeluarkan dan dibayar kepada pihak berwajib. 

Kredit: Halalpay

Contoh kiraan zakat wang simpanan 

Contoh : Jumlah wang dalam akaun simpanan + akaun semasa + deposit tetap + tunai di tangan adalah RM 18000 iaitu:

Wilayah Persekutuan: Baki akhir pada satu tahun

Kelantan: Baki terendah simpanan

RM 18,000 x 2.5% = RM450 (Zakat yang dikenakan)

Anda boleh kira zakat yang perlu dibayar dengan kalkulator yang disediakan di laman web Majlis Agama negeri masing-masing. 

Buka akaun bank dan cek jumlah wang yang kita ada. Jika akaun pelbagai, campurkan semua simpanan tersebut. Jika melebihi nisab (dan cukup setahun), maka wajib keluarkan zakat. 

Yang dah terlepas dahulu, masih wajib qadha dan bertaubat kerana zakat adalah kefarduan yang tidak terhapus. Sila rujuk nisab negeri masing-masing untuk tahun-tahun terdahulu. 

Simpanan di Tabung Haji dah siap-siap tolak zakat jika simpanan anda melebihi nisab dan cukup haul (setahun).

Namun simpanan di bank-bank lain, anda kena rujuk kepada pihak  berkenaan. 

Seperkara lagi, mungkin ada yang sudah menunaikan zakat harta tetapi tidak melalui amil rasmi kerajaan atau Majlis Agama Negeri. 

Satu perkara yang perlu kita faham bahawa zakat bukan seperti sedekah sunat. 

Zakat adalah urusan ulul amri atau pemerintah, maka tidak pelik jika ada pandangan menyatakan bahawa berdosa mengeluarkan zakat bukan pada saluran rasmi.

Selain itu, bukan semua manusia yang 'kelihatan' seperti asnaf itu asnaf.  Pihak berautoriti ada maklumat rasmi. Bagaimana jika kita memberi sendiri zakat kepada bukan asnaf yang layak yang dianggap sebagai asnaf? Sahkah perlaksanaan rukun keempat kita? 

Ada juga negeri (dalam pengagihan zakat) yang membenarkan pembayar zakat menyampaikan sebahagian zakat terus kepada asnaf setelah ditaksir.

"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."

Surah At-Taubah : 103

Semoga para pembaca catatan ini adalah golongan yang menunaikan zakat sekaligus mengukuhkan ekonomi umat Islam. 

Waallahu'alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...