Langkau ke kandungan utama

8 Langkah Bina Alur Cerita dalam Cerpen & Novel Gaya Asma Nadia (Novelis Indonesia)

8 Langkah Bina Alur Cerita dalam Cerpen & Novel Gaya Asma Nadia

oleh: Azim Ismail

Bengkel menulis alur cerita bersama Asma Nadia ini saya sertai pada September 2017 dulu melalui platform Telegram. Ketika itu, nama Asma Nadia sering dibicarakan kerana beberapa novel tulisan beliau berjaya diangkat ke layar perak seperti Syurga Yang Tak Dirindukan 1 & 2, Jilbab Traveler, Emak Ingin Naik Haji, Assamualaikum Beijing dan lain-lain.

Wikipedia: Asma Nadia

Kejayaan yang diraih oleh Asma Nadia ini mengingatkan kita tentang susuk novelis Kang Abik iaitu Habiburrahman el-Shirazi yang juga mempunyai beberapa karya berkualiti dan diangkat ke layar perak sebelum Asma Nadia. Ayat-ayat Cinta 1 & 2, Ketika Cinta Bertasbih 1& 2, Dalam Mihrab Cinta dan lain-lain.

Persamaan kedua-dua novelis ini adalah mereka membina cerita dengan unsur-unsur keagaamaan. Mesej-mesej yang disampaikan oleh mereka membangun jiwa para pembaca. Tidak hanya suatu cerita disampaikan mesej-mesej inilah yang menjadi latar ada kekuatan utama novel mereka.

Mereka menulis dan berdakwah pada masa yang sama dan inilah seni kreatif yang membina pemikiran masyarakat yang menikmatinya.

Hakikatnya, banyak filem-filem pecah panggung di Indonesia adalah daripada adaptasi novel. 5 Menara tulisan A. Fuadi dan Laskar Pelangi karya Andrea Hirata telah diangkat ke layar perak dan mendapat sambutan yang hangat di sana. Dua novel ini adalah contoh bagaimana penulis menyatakan idea dan kritikan tentang pendidikan di Indonesia dalam tulisan mereka.

Sebelum kita membahaskan topik tulisan ini, kita perlu bentuk satu mindset atau cara fikir yang kuat berkenaan alasan utama menulis. Alasan yang baik adalah alasan yang positif dan memberi manfaat kepada orang lain. Inilah big Y. 

"Kenapa aku menulis?"

Carikan Y anda sendiri agar ia kuat dipegang walau apa pun yang anda jalani.


3 Hal dalam penulisan fiksyen

1. Latar: Tempat dan masa kejadian

Pastikan logik dan jika tidak, pertahankan alasan dengan alasan (cerita imaginasi)


2. Karakter: Gambarkan perwatakan dan watak (fizikal)

Pertumbuhan karakter protagonis dan antagonis dari awal hingga akhir (berkembang)


3. Peristiwa: Konflik (halangan yang dihadapi watak utama) sebagai nyawa cerita.

Semakin besar halangan, semakin menarik dan panjang cerita. 

Perubahan berlaku akibat daripada konflik.

Cerpen: 1 konflik

Novel: Beberapa konflik (ikut kesesuaian)

Buat satu peta minda tentang ringkasan 3 perkara ini sebelum bina alur cerita yang lebih menarik.


8 Langkah Bina Alur Cerita Gaya Asma Nadia

1. Stasis: Keadaan biasa berlaku setiap hari

2. Trigger: Berlaku sesuatu yang tidak biasa, muncul penyebab

3. Quest: Sehingga membuatkan protagonis (hero) mesti mencari jalan penyelesaian

4. Surprise/ Unexpected events: Namun pencarian tidak mudah, wujud halangan, konflik dan masalah. Jangan tulis cerita yang mudah diagak pengakhirannya. Pastikan realistik iaitu logik.

5. Critical Choice: Memaksa protagonis mengambil  keputusan penting. Kekuatan watak utama ditonjolkan.

6. Climax: Tindakan itu mempunyai kesan dan akibat.

7. Reversal: Akibat daripada climax, berlaku perubahan status dan situasi.

8. Resolution: Berakhir dengan bahagia atau tidak. Kembali kepada statis yang mana boleh wujud trigger baru untuk sekual atau sambungan.

Anda boleh baca novel atau tonton filem yang anda suka, seterusnya senaraikan 8 alur cerita yang terdapat dalam novel atau filem tersebut.


Menulis ialah jalan keabadian iaitu walaupun penulis meniggal dunia, tulisannya masih ada dan memberi manfaat kepada pembaca. Jadilah ia amalan yang berkekalan. Maka menulislah sesuatu yang baik. Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...