Ekonomi Islam: Suatu Permulaan
oleh: Azim Ismail
Ilmu ekonomi Islam agak janggal untuk dibincangkan dalam masyarakat. Perkembangan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia kini memberikan kesedaran kepada umat tentang kepentingan pengurusan wang yang patuh Syariah. Sedangkan pada hakikatnya, masih wujud golongan yang menyamakan perbankan Islam dengan konvensional apatah lagi yang menentang perbankan Islam.
Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu ekonomi Islam dikira sebagai ilmu yang semakin dilupakan. Mengamalkan ekonomi Islam secara menyeluruh adalah agak sukar, mungkin boleh dibandingkan dengan kesukaran mempraktikkan hukum jenayah Syariah. Kuncinya pada pembuat dasar dan kerajaan.
Meskipun begitu, andai ilmu ekonomi Islam tidak dibincangkan dan diajarkan, kelak kemungkinan besar tiada lagi penerus yang akan memperjuangkan ekonomi Islam secara signifikan. Universiti tempat ilmu ini diajarkan kepada mahasiswa. Seterusnya, mahasiswa-mahasiswa inilah yang memberi kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai platform yang ada. Membina kesedaran dari bawah dengan harapan besar akan menjadi push factor kepada pemimpin atasan. InsyaAllah.
kredit: inside arabia |
Kenapa ekonomi Islam (atau ekonomi Syariah di Indonesia)?
Islam adalah cara hidup iaitu Islam menyediakan panduan dan tatacara dalam segenap aspek kehidupan, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu bahkan sepanjang hayat seorang muslim. Bermula dengan pendidikan, kesihatan, gaya hidup, politik, kemasyarakatan bahkan kewangan dan ekonomi.
Hasil daripada kefahaman ekonomi Islam
Praktikaliti berkaitan pengurusan ekonomi, kewangan dan wang yang selari dengan kehendak syariat (Islam), ihsan dalam muamalat dan kesan pengamalan ke atas individu dan masyarakat secara umum. Dengan harapan, memperoleh redha dan sayang Allah. Satu lagi, Islam bukan hanya di masjid.
Transakasi Ekonomi Manusiawi ke Ekonomi Tasauf
1. Epistemologi (sumber)
Epistemologi Ilmu Islam (menggunakan tool/alat Islam - Mukmin syumul)
Nukleus (al-Quran & as-Sunnah) > Korpus (Ijtihad, Perspektif) > Analisis Gelagat Manusia (kajian lapangan) > Pembuktian Empirik (Hasil Kajian) > Cadangan Dasar/Teori
Nilai: Nukleus & Korpus
Analisis (alat): Analisis, Pembuktian dan Cadangan
2. Metodologi
Dua aliran analisis iaitu
a) pro islamisasi (separa atau total) contoh: EKONIS UKM
b) bermula dengan nilai (kembali ke Fiqh asal) contoh: ISDEV USM
3. Kajian ekonomi Islam
a) Amalan Muslim (Ibadah)
b) Prinsip Ekonomi Islam (Penggguna, Pengeluar dan Kerajaan)
c) Amalan (Utiliti/Kepuasan)
Pemodelan Ekonomi Islam
a) Usul fiqh + Qawaid Fiqhiyyah : Kitab-kitab ulama
b) Ilmu alat : Kualitatif (realiti) + Kuantitatif (ekonometrik)
c) Structural Equational Model
Pelaburan = f(r) tukar kepada pelaburan = f(m)
TUKAR r: riba ditukar dengan m: mudarabah (untung)
Y= f(K,L) kepada Y= f(K,L,B)
TAMBAH B iaitu barakah (sukar diukur) B= f(taqwa)
Wallahua'lam. Bersambung InsyaAllah,
Ulasan