Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hukum Pelaburan ASB - Fatwa Terbaru Selangor Mei 2017 dan Kenyataan SC

Selangor adalah salah sebuah negeri yang mengatakan pelaburan PNB tidak mematuhi syariah. Pada 11 Mei yang lalu, status tersebut telah ditukarkan kepada harus berdasarkan beberapa pertimbangan yang dinyatakan.  Pada 2014 lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa harus atas dasar maslahah. Hujjah-hujjahnya boleh rujuk di sini  http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/media/harus/hukumpelaburanASN-ASB.pdf KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekur...

Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Syaaban Kecuali Dua Keadaan (Dalil)

Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Syaaban Kecuali Dua Keadaan Ramai lagi yang pening dengan hukum berpuasa selepas nifsu Syaaban iaitu bermula 16 Syaaban hingga akhir Syaaban. Haram dan tidak sah berpuasa sunat selepas Nisfu Syaaban (15 Syaaban) "Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa" . Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini". Rujuk: bahrusshofa Dua keadaan tersebut adalah: 1. Puasa Beradat Iaitu puasa setiap hari Isnin atau Khamis atau kedua-duanya yang telah biasa diamalkan. Selepas 15 Syaaban...

Bagaimana Blue Whale Challenge Psiko Minda Remaja untuk Membunuh Diri ... Awasi Jagaan Anda

Media sosial digemparkan dengan kematian  Yulia Konstantinova, 15 dan  Nika Volkova, 16 yang mengambil nyawa mereka dengan terjun dari bangunan 14 tingkat.  Yulia memuat naik gambar ikan paus biru di Instagramnya dengan caption 'end' sebelum membunuh diri manakala Nika juga meninggalkan mesej sama di akaun VK (media sosial Russian yang didakwa tapak permainan gila ini) dengan caption "sense is lost... End" . pic: the sun Sebenarnya game ini telah pun dipercayai bermula sejak 2015 lagi apabila  Rina Palenkova mengambil selfie terakhir sebelum melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak laju. Namun masih tiada bukti kukuh untuk menyabitkan game tersebut dengan kematian kira-kira 80 - 130 remaja di Russia antara November 2015 - April 2016. Kanak-kanak/remaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai game ini tidak dibenarkan keluar kerana mendapat ugutan daripada admin/curator.  Setelah pengguna download/menekan link yang diberikan, ...

4 Kesalahan (Batal) Solat yang Kita Tidak Sedar

Kesalahan-Kesalahan Yang Tidak Disedari dalam Solat 1.  Perut jari kaki tidak ditekan ketika sujud 7 anggota sujud dan salah satunya menetapkan perut jari kaki di atas tempat sujud. Bilangan minimum jari ialah 3. Namun diuzurkan kepada orang yang mengelami musyaqqah untuk menekan atau membengkokkan jari kaki seperti orang tua yang keras jari-jari kakinya. Memadai baginya hanya dengan memacak jari-jari kaki di atas tempat sujud tanpa menekannya. “Disuruh ke atas aku bahawa aku sujud di atas 7 ‘adzam : atas dahi (dan ditunjukkan atas hidung dengan tangannya), dan dua tangan, dua lutut dan hujung 2 kaki”  (Shahih Bukhari no.779, Shahih Muslim no.490) 2.  Tamakninah diabaikan Tamakninah bermaksud berhenti sebentar tanpa bergerak sekadar masa ucapan ‘subhanallah’ atau pun selama 2 saat. Seperti yang dimaklum, tamakninah merupakan syarat bagi rukun ruku’, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud. Sesetengah ulama’ seperti Imam al-Ghazali membilang tamakninah...

9 Tips Agar Dakwah Anda Berkesan

Tulisan lama saya pada 2011. Semoga bermanfaat. Dakwah yang Nabi jalankan dengan sir (rahsia) pada awal penyebaran Islam menjadi perintis kepada perkembangan Islam ke seluruh dunia. Golongan yang menyeru kepada kebaikan (ma'ruf) dan mencegah kemungkaran akan tetap wujud dan berterusan sehingga qiamat. Dakwah sama ada kepada orang kafir atau pun ummat Islam sendiri perlu mengikut uslub dakwah yang tepat berdasarkan mad'u. Percaturan yang silap memberi padah dan bakal dipulau. 1) Hubungan dengan Allah 2) Pemikiran terbuka 3) Tahu uslub Gerakan dakwah sama ada di sekolah, kampus dan mana-mana tempat sekalipun tak kan sempurna jika bergantung kepada amal jam'ie (jemaah) sahaja tanpa menitik beratkan amal fardi (seorang). Bukan semua yang dapat menerima seruan dakwah secara umum dan terbuka. Tak dapat tidak mesti muncul sebilangan da'ei yang juga bergerak solo agar dakwah dan tarbiah mampu hidup berterusan. Antara ciri yang perlu ada padanya: Sebelum menyibukkan diri den...

Solat Berjemaah yang Membatalkan

Ulasan kitab Pedoman Solat Berjemaah oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdur Rahman Pondok Lubuh Tapah Permasalah Muafiq dan Masbuq             Hukum-hakam yang bergantung dengan masbuq dan muafiq telah lama dikarang oleh ulama’ silam termasuklah ulama’ masyhur alam Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathoni, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh Muhammad Ismail Daudi al-Fathoni. Namun masyarakat Islam masih lagi keliru dan tidak tahu akan hukum-hakam yang bersabit dengan kedua-dua keadaan makmum. Jika makmum muafiq melakukan atur cara solat makmum masbuq dan makmum masbuq melakukan atur cara solat makmum muafiq maka solat mereka batal dan tidak diterima oleh Allah Taala. Sebelum memasuki bab permasalahan muafiq masbuq, adalah lebih baik jika difahami pengenalan atau ta’rif bagi kedua-dua istilah ini. Maksud Muafiq dan Masbuq Muafiq ialah makmum yang mendapat kadar masa bacaan al-Fatihah yang umum ...

Banyak yang Berzikir, Sedikit yang Memahami - Fahamilah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa).  Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni. Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini... Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-...