Langkau ke kandungan utama

Solat Berjemaah yang Membatalkan

Ulasan kitab Pedoman Solat Berjemaah oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdur Rahman Pondok Lubuh Tapah

Permasalah Muafiq dan Masbuq

            Hukum-hakam yang bergantung dengan masbuq dan muafiq telah lama dikarang oleh ulama’ silam termasuklah ulama’ masyhur alam Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathoni, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh Muhammad Ismail Daudi al-Fathoni. Namun masyarakat Islam masih lagi keliru dan tidak tahu akan hukum-hakam yang bersabit dengan kedua-dua keadaan makmum.

Jika makmum muafiq melakukan atur cara solat makmum masbuq dan makmum masbuq melakukan atur cara solat makmum muafiq maka solat mereka batal dan tidak diterima oleh Allah Taala. Sebelum memasuki bab permasalahan muafiq masbuq, adalah lebih baik jika difahami pengenalan atau ta’rif bagi kedua-dua istilah ini.

Maksud Muafiq dan Masbuq

Muafiq ialah makmum yang mendapat kadar masa bacaan al-Fatihah yang umum bermula dari Takbiratul Ihram makmum hingga ruku’ imam. Kadar bacaan al-Fatihah yang umum itu bermaksud tempoh sederhana yang tidak terlalu cepat dan terlalu lambat. 

Contohnya, jika dikatakan bacaan yang cepat itu selama satu minit dan yang lambat itu selama tiga minit maka kadar masa bacaan umum itu berkemungkinan dua minit lebih kurang. Apabila makmum tersebut sempat berdiri bersama imam selama dua minit maka dia dihukumkan sebagai muafiq dan mesti mengikuti atur cara sebagai muafiq.

Tidak semestinya makmum yang Takbiratul Ihramnya bersama imam itu dihukumkan muafiq kerana jika imam membaca al-Fatihah dengan cepat, maka makmum tersebut tidak mendapat kadar masa dua minit yang umum dan dihukumkan sebagai masbuq. 

Kemungkinan imam membaca al-Fatihah dengan cepat atau membaca surah sunat yang pendek. Insya-Allah akan dibicarakan lebih mendalam selepas ini.

Masbuq pula makmum yang tidak mendapat kadar masa bacaan al-Fatihah yang umum dari Takbiratul Ihramnya hingga ruku’ imam. Diandaikan  tempoh masa yang umum itu dua minit, jika makmum itu tidak mendapat kadar masa tersebut maka dihukumkan sebagai masbuq dan mesti mengikuti atur cara sebagai masbuq. 

Contohnya, jika dia sempat berdiri bersama imam hanya selama seminit, maka dia dikira masbuq walaupun  dia sempat membaca al-Fatihah dengan sempurna untuk dirinya (makmum membaca al-Fatihah cepat).

Tidak semestinya makmum yang masuk lambat ke dalam solat (takbiratul ihram lewat) itu semuanya dikira sebagai masbuq kerana jika makmum itu sempat mendapat kadar masa umum bacaan al-Fatihah maka dia tetap dihukumkan sebagai muafiq. 

Kemungkinan imam mambaca al-Fatihah lama atau membaca surah sunat yang panjang.

Hukum Muafiq dan Masbuq

Makmum muafiq wajib menghabiskan bacaan al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun yang panjang daripada imam. Tiga rukun yang panjang tersebut ialah ruku’, sujud pertama dan sujud kedua. 

Apabila imam sudah bangun daripada sujud lalu berdiri atau tahiyyat akhir tetapi makmum masih lagi sedang membaca al-Fatihah dan belum ruku’, maka dia mesti memilih antara dua cara. Jika imam bangun dari sujud dan duduk tahiyyat awal atau istirahah, tidak mengapa makmum masih membaca al-Fatihah kerana kedua-dua perbuatan ini bukan rukun solat.

Pertama, kekal berdiri dan rakaat yang tertinggal itu tidak dikira. Makmum muafiq ini masih boleh mengikuti imam dan mesti menambah satu rakaat yang tertinggal selepas salam imam. 

Manakala cara yang kedua ialah niat mufaraqah (bercerai dengan imam) dan solat bersendirian. Mana-mana muafiq yang tidak memilih salah satu antara dua cara ini nescaya solatnya batal seperti keadaan makmum mengejar pergerakan imam walaupun sudah ketinggalan tiga rukun panjang.

Makmum masbuq pula tidak diwajibkan menghabiskan bacaan al-Fatihah kerana imam sudah menanggung al-Fatihahnya. Apabila imam ruku’, maka makmum masbuq terus ruku’. Jika sempat ruku’ bersama imam kadar masa tama’ninah (lebih kurang 2 saat tanpa sebarang pergerakan kecuali bernafas) maka dia dapat rakaat bersama imam. 

Sebaliknya jika tidak sempat ruku’ bersama imam atau kadar masa ruku’ bersama imam kurang daripada kadar tama’ninah maka dia mesti menambah rakaat selepas salam imam.

Makmum masbuq tidak boleh ketinggalan daripada imam dua rukun perbuatan tanpa uzur kerana antara sebab batal solat adalah ketinggalan daripada imam atau mendahului imam dua rukun perbuatan. 

Contohnya, makmum masih lagi berdiri manakala imam sudah sujud pertama, maka batal solat makmum. Apabila ruku’ imam, makmum masbuq juga wajib segera ruku’. Jika imam sedang sujud, maka wajib segera sujud dan meninggalkan ruku’ kerana mengikut perbuatan imam.

Gambaran-gambaran Muafiq

  1. Makmum lambat membaca al-Fatihah kerana sifat dirinya bukan kerana was-was.
  2. Makmum yang syak sama ada sudah atau belum membaca al-Fatihah manakala ketika itu imam sudah pun ruku’.
  3.  Makmum yang lupa membaca la-Fatihah dan imam sudah ruku’.
  4. Makmum yang sibuk membaca Doa Iftitah dan Istia’zah manakala imam sudah ruku’. Makmum tersebut tidak sempat menghabiskan al-Fatihah.
  5. Makmum yang menunggu imam membaca al-Fatihah sehingga selesai namun setelah selesai, imam terus ruku’ atau membaca surah pendek. Makmum tersebut tidak sempat membaca atau menghabiskan al-Fatihah.
Pada lima masalah ini makmum dikira muafiq dengan sepakat ulama’ mutaakhirin tanpa khilaf dan wajib menghabiskan al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun panjang daripada imam.

Tulisan penuh saya di Majalah Pengasuh MAIK (Mac/April 2015)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...

3 Kesilapan Ketika Solat Berjemaah yang Biasa Kita Buat

Solat Berjemaah 1.  Melambat-lambatkan takbiratul ihram (ketika hadir) Inilah kesilapan yang ‘suka’ dilakukan oleh makmum-makmum apabila mendapati imam tidak dalam keadaan berdiri, tahiyyat dan ruku’. Mereka fikir masuk mengangkat takbiratul ihram dan masuk ke dalam solat ketika sujud itu merugikan kerana tidak mendapat rakaat. Apa yang perlu kita ketahui, walaupun tidak mendapat rakaat bersama imam, setiap amalan akan dikira walaupun sekecil zarah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Maka dianjurkan untuk segera masuk ke dalam solat pada rukun apa pun yang imam lakukan. (Rujukan: Tg Hj Abdur Rahman Lubuk Tapah, Pedoman Solat Berjemaah) 2.  Tergesa-gesa masuk ke dalam solat Nabi melarang ummatnya solat dalam keadaan terkejar-kejar kerana akan menghilangkan kekhusyukan yang menjadi matlamat kita menghadap Allah Taala. Tindakan ini lebih menonjol ketika imam sedang ruku’ kerana ingin mendapatkan rakaat. Ada yang berlari, ada yang berjalan cepat. Kesemuanya tid...

Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012)

 Muat Turun Booklet Asas Falak Syarie (2012) 1. Arah Kiblat 2. Waktu Solat 3. Transformasi Tarikh Masihi - Hijrah 4. Asas Astronomi Tekan link Drive di bawah. Boleh disebarkan dan semoga bermanfaat kepada masyarakat. https://drive.google.com/file/d/1kL-J6l9WWu8QBPFHUvzAr5voDtFI9N8q/view?usp=share_link

6 Jenis Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus)

Mengumpat Yang Tak Berdosa (Harus) Setiap lafaz yang lahir daripada lidah tak dapat lari daripada tiga keadaan sama ada kalimah yang ada padanya: 1. Kebajikan seperti zikir, membaca al-Quran dan mengajar ilmu. 2. Maksiat seperti menghina, mengumpat, menipu dan menjadi batu api. 3. Sia-sia (tiada kebaikan sama ada di dunia atau akhirat) seperti berbual kosong dan mengulang kata-kata yang sama pada tempat yang tak perlu. Betapa ramai yang boleh bercakap, ada yang bisu dan tak mampu berkata-kata. Bukan kehendak mereka menjadi bisu tapi inilah ujian di dunia. Melihat mereka, kita sepatutnya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, khasnya mampu bercakap. Namun, terlalu ramai yang salah menggunakan nikmat berkata-kata ini. Lebih tepat lagi, kufur nikmat lidah. Salah satu kesalahan lidah adalah mengumpat. Mengumpat:   Berbicara tentang keburukan yang ada  pada seseorang (pihak ketiga) tanpa diketahuinya walaupun dengan perbuatan (mempe...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Ramai Yang Tak Tahu Sebab Murtad yang Tersembunyi Ini

Murtad (keluar daripada Islam) tidak hanya berlaku pada pengisytiharan seseorang semata-mata. Akhir zaman ini, terlalu ramai ummat Islam yang terlanjur dalam tak sedar. Sesungguhnya keluar daripada Islam itu bukan hanya melalui perbuatan semata-mata tetapi juga berlaku pada percakapan dan hati.  Hukama' : " Sesiapa yang tak mengetahui racun, maka dia berisiko menelannya " Murtad melalui PERCAKAPAN (lisan) : 1) Menafikan sifat-sifat Allah 2) Menghina Allah dan rasul 3) Menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya 4) Mengatakan Islam pada orang yang jelas kafirnya 5) Mengkafirkan orang Islam 6) Bergurau @ mempermain nama-nama Allah dan Rasul 7) Bermudah-mudah dengan suruhan dan larangan Allah 8) Mempermainkan ayat-ayat al-Quran Murtad melalui PERBUATAN (fi'il) : 1) Memijak al-Quran dengan sengaja 2) Menyembah selain daripada Allah Murtad melalui HATI (i'ktikad) : 1) Was-was dengan kewujudan Allah 2) Meredhai kekufuran (suka kepada orang ...