Langkau ke kandungan utama

Kesalahan-Kesalahan Yang Tidak Disedari dalam Solat

Kesalahan-Kesalahan Yang Tidak Disedari dalam Solat

Oleh : Azim Ismail
Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam

1. Perut jari kaki tidak ditekan ketika sujud

7 anggota sujud dan salah satunya menetapkan perut jari kaki di atas tempat sujud. Namun diuzurkan kepada orang yang mengelami musyaqqah untuk menekan atau membengkokkan jari kaki seperti orang tua yang keras jari-jari kakinya. Memadai baginya hanya dengan memacak jari-jari kaki di atas tempat sujud tanpa menekannya.

“Disuruh ke atas aku bahawa aku sujud di atas 7 ‘adzam : atas dahi (dan ditunjukkan atas hidung dengan tangannya), dan dua tangan, dua lutut dan hujung 2 kaki” (Shahih Bukhari no.779, Shahih Muslim no.490)

2. Tama'ninah diabaikan

Tama'ninah bermaksud berhenti sebentar tanpa bergerak sekadar masa ucapan ‘subhanallah’ atau pun selama 2 saat (lebih kurang). Seperti yang dimaklum, tama'ninah merupakan syarat bagi rukun ruku’, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud. 

Sesetengah ulama’ seperti Imam al-Ghazali membilang tamakninah ini sebagai rukun yang suku daripada 4 rukun tersebut menjadikan rukun solat sebanyak 17.

“Bahawa dikehendaki tamakninah pada keadaan sujud dengan kadar bacaan tasbih yang paling sedikit” (Fiqh Manhaji, Jilid 1, m/s 137)

3. Dahi tertutup sepenuhnya

7 anggota yang wajib menyentuh tempat solat ialah:
a) 2 tangan
b) 2 kaki
c) 2 lutut
d) Dahi

Jadi, dahi merupakan satu-satunya anggota yang wajib menyentuh tempat sujud dengan terdedah semua atau sebahagian dahi. Jika rambut atau kain di kepala menutup seluruh dahi, maka sujud tidak sah yang akan menyebabkan solat juga tidak diterima. 

Namun, jika ada sebahagian dahi sampai ke tempat sujud, solat masih sah. Inilah juga antara hikmah galakan memakai kopiah atau songkok di dalam solat. Manakalah hidung adalah sunat menyentuh tempat sujud dan jika tidak bersentuh, solat masih sah.

Nabi saw. diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota badan dan dilarang menutup dahinya dengan rambut dan pakaian. (Shahih Muslim no.755)

“Disuruh ke atas aku bahawa aku sujud di atas 7 ‘adzam : atas dahi (dan ditunjukkan atas hidung dengan tangannya), dan dua tangan, dua lutut dan hujung 2 kaki” (Shahih Bukhari no.779, Shahih Muslim no.490)

“Dan tetapi tidak wajib didedahkan (terbuka) akan semua angggota (yang tujuh) ini melainkan dahi” (Fiqh Manhaji, Jilid 1, m/s 136)

4. Salah bacaan Rukun qauli

Bacaan rukun dalam solat ialah:
a) Takbiratul ihram
b) Al-fatihah
c) Tahiyyat akhir
d) Selawat ke atas Nabi dalam tahiyyat akhir
e) Salam pertama

Selain daripada 5 bacaan yang dinyatakan ini, hukumnya sunat. Bacaan rukun yang salah dari segi makhraj atau sifat huruf akan membatalkan rukun solat tersebut seterusnya akan membatalkan solat jika tidak diulangi. 

Inilah pentingnya mencari guru dalam bertalaqqi bacaan untuk ditunjukkan bacaan yang betul. Bacaan yang salah dikira tidak membacanya dan akan menyebabkan solat itu batal.
“Tidak ada solat kecuali dengan bacaan surat Al-Fatihah.” (Shahih Muslim no.599)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources. ' S esiapa yang mengenali dirin ya, dia akan mengenali Tuhannya .' M engenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain di lakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup . B ukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya. H amba bersujud dan menunduk kepada Tuhan , namun apa bila ditanya, siapakah Tuhannya , tiada yang diket a hui melainkan nama -nama (Asmaul Husna). M akhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. K erusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya ia i tu dibuat daripada kayu d...

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram? Oleh: Azim Ismail Kredit: Sinar Harian I nisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan. Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi 1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar 2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar 3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar 4. 2% faedah sebulan untuk pajakan Rujuk: Web KPKT Kita jadi keliru dengan dua perkara 1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman. 2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair) Rujuk: Web KPKT KPKT sepatutnya tinggalkan...

Cara Ringkas Mencari Arah Kiblat (Matahari Terbenam)

Cara Ringkas Mencari Arah Kiblat (Matahari Terbenam) Azimut matahari terbenam akan berubah dari 235 - 295 darjah sepanjang. Manakala azimut kiblat secara umum di Malaysia ialah 291 darjah dari utara. Berikut adalah beza azimut kiblat dari azimut matahari : 1. Januari : ke kanan 45 darjah 2. Februari: ke kanan 40 darjah 3. Mac: ke kanan 25 darjah 4. April: ke kanan 15 darjah 5. Mei: ke kanan 5 darjah 6. Jun: ke kiri 1 darjah 7. Julai: ke kiri 1 darjah 8. Ogos: ke kiri 5 darjah 9. September: ke kiri 15 darjah 10. Oktober: ke kanan 30 darjah 11. November: ke kanan 40 darjah 12. Disember: ke kanan 45 darjah pic: e-solat  Arah kiblat dapat dijumpai dengan menjadikan matahari ketika terbenam sebagai tumpuan atau di tengah dan seterusnya sudut darjah seperti senarai di atas diukur sama ada ke kanan dari matahari atau ke kiri dari matahari. Anda boleh menggunakan panduan ini ketika berkelah atau berkhemah di d...

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma...

Perbezaan antara Kalendar Hijrah dengan Masihi, Cina dan Hindu

Kegemilangan sesuatu tamadun tidak dapat tidak daripada dikaitkan dengan kalendar masing-masing. Pelbagai tamadun telah muncul, pelbagai kalendar tarikh muncul. Namun kini, Takwim Masihi yang mendapat liputan meluas dan diguna pakai di seluruh dunia.  Penguasaan takwim ini secara langsung telah menyisihkan Takwim Hijrah iaitu kalendar rasmi ummat Islam. Takwim Hijrah hanya dirujuk untuk sambutan hari kebesaran dalam Islam sahaja seperti Hari Raya, Maulidur Rasul dan Ramadhan, tidak lagi seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Islam dulu kala. Takwim atau kalendar : suatu kaedah purba membahagikan masa kepada tarikh-tarikh tertentu bagi sesuatu kaum/agama. Terlalu banyak takwim yang dilahirkn berdasarkan peristiwa masing-masing. Antara yang popular ialah : 1) Takwim Hijrah  Diasaskan oleh Khalifah Islam ke-3, Sayyidina Umar al-Khattab R.A.  Pengiraan bermula dari tarikh Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Madinah....

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo Oleh: Azim Ismail Kutipan lebih RM13 juta dalam masa seminggu jelas membuktikan filem Ejen Ali ialah karya yang bermutu terutama dari segi jalan cerita dan grafik. Tiada scene yang bosan sepanjang tayangan. Unsur aksi dan komedi diluahkan bertubi-tubi. Ya, hasil tangan rakyat Malaysia ini telah diangkat seolah-olah setara dengan karya Hollywood meskipun pembikinan filem animasi ini termasuk promosi hanyalah RM6.5 juta berbanding kos beratus-ratus juta untuk menghasilkan sebuah filem animasi Hollywood. Kebetulan, Ejen Ali: Misi Neo sedang bersaing dengan filem antarabangsa, Frozen 2. Ejen Ali membuat kemunculan pertama pada 2016 dan kini hampir 3 tahun setelah itu, filem pertamanya ditayangkan. 3 tahun Wau Animation mengumpul peminat-peminat Ejen Ali seperti hari ini. Apakah faktor pada jalan cerita filem ini yang menjadi kayu ukur kejayaannya? Salah satunya, motivasi watak. kredit: hazwanart ...