8 Langkah Bina Alur Cerita dalam Cerpen & Novel Gaya Asma Nadia oleh: Azim Ismail Bengkel menulis alur cerita bersama Asma Nadia ini saya sertai pada September 2017 dulu melalui platform Telegram. Ketika itu, nama Asma Nadia sering dibicarakan kerana beberapa novel tulisan beliau berjaya diangkat ke layar perak seperti Syurga Yang Tak Dirindukan 1 & 2, Jilbab Traveler, Emak Ingin Naik Haji, Assamualaikum Beijing dan lain-lain. Wikipedia: Asma Nadia Kejayaan yang diraih oleh Asma Nadia ini mengingatkan kita tentang susuk novelis Kang Abik iaitu Habiburrahman el-Shirazi yang juga mempunyai beberapa karya berkualiti dan diangkat ke layar perak sebelum Asma Nadia. Ayat-ayat Cinta 1 & 2, Ketika Cinta Bertasbih 1& 2, Dalam Mihrab Cinta dan lain-lain. Persamaan kedua-dua novelis ini adalah mereka membina cerita dengan unsur-unsur keagaamaan. Mesej-mesej yang disampaikan oleh mereka membangun jiwa para pembaca. Tidak hanya suatu cerita disampaikan mesej-mesej inilah yang menjad
Wajib Belajar Akidah (Tauhid), Syariah (Fiqh) dan Tasawwuf (Akhlak) - You Can Translate This Blog Into Your Language