Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar

Inilah Tiga Ilmu Fardhu Ain yang Semua Orang Islam Wajib Belajar Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Akidah itu seperti akar pokok yang kuat mencengkam bumi. Apabila pegangan tauhid hamba mantap, datanglah ribut badai sekalipun, pokok ini tidak akan tumbang bahkan bergoyang pun tidak. Akidah yang benar adalah akidah ahlus Sunnah wal Jamaah satu-satunya tidak muktazilah, mujassimmah (mengatakan Allah berjasad), syiah, khawarij dan lain-lain. Syariat (fiqh) pula bagai dahan-dahan pokok yang bercabang-cabang. Fiqh adalah kefahaman dalam bersyariat. Terdapat banyak kefahaman dalam fiqh seperti aliran empat mazhab fiqh yang masih mempunyai banyak pengikut, ulama’ dan kitab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Islam mengamalkan berlapang dada dan tidak sesat-menyesatkan antara satu sama lain dan membidaahkan ibadah muslim yang tidak sealiran selagi mereka tidak melakukan kesesatan. Sedangkan Imam Hanafi ialah guru Imam Ma

Riya' atau Menunjuk-nunjuk Amalan juga Syirik?

Riya' atau Menunjuk-nunjuk Amalan juga Syirik? SEGALANYA KERANA MAKHLUK Dipetik dari buku saya 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) Ramai yang solat namun solatnya bukan kerana menyembah Tuhan tapi kerana malu kepada manusia lain jika meninggalkan solat. Bersedekah kerana menunjukkan diri pemurah atau untuk marketing produk. Ibadah kepada Tuhan namun pada masa yang sama dituju kepada perhatian manusia? ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepada orang yang riak (menunjuk-nunjuk )’ Hadis riwayat ad-Dailami daripada Sayyidina Ibn Abbas. Riak dan sum'ah (suka untuk didengari orang agar dipuji seperti zikir dan baca al-Quran) adalah penghancur amalan tanpa sedar. Bagai api yang menghanguskan segala daun kering sekelip mata. ‘Virus’ ini hanya disedari oleh orang yang berilmu. Sedangkan yang berilmu tidak juga selamat jika tidak beramal. Sesuatu amalan itu akan ikhlas jika dilakukan kerana reda dan kasih sayang Allah semata-mata. Bagi orang kebany

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah

Sifat 20 Jalan Mengenal Allah Dipetik dari: Buku 'Hidup Tak Bertuhan' (Azim Ismail & Rosyaimi Amirul, 2018) terbitan Empayar Islah Resources. ' S esiapa yang mengenali dirin ya, dia akan mengenali Tuhannya .' M engenal Tuhan adalah awal-awal agama sebelum perkara lain di lakukan dalam hidup ini kerana agama adalah asas dan keperluan hidup . B ukan mahu menghuraikan tentang sah batal amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak mengenal Tuhannya namun penulis lebih cenderung untuk menjelaskan tentang amalan hamba yang tidak mengenal tuannya. H amba bersujud dan menunduk kepada Tuhan , namun apa bila ditanya, siapakah Tuhannya , tiada yang diket a hui melainkan nama -nama (Asmaul Husna). M akhluk mengenal makhluk dengan fizikal yang dilihat dan sifat sedangkan makhluk hanya mampu mengenal Tuhan dengan sifat sahaja tidak dengan zat. K erusi kayu dapat dikenali apabila melihatnya dan mengetahui sifat-sifatnya ia i tu dibuat daripada kayu d