Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Hukum Pelaburan ASB - Fatwa Terbaru Selangor Mei 2017 dan Kenyataan SC

Selangor adalah salah sebuah negeri yang mengatakan pelaburan PNB tidak mematuhi syariah. Pada 11 Mei yang lalu, status tersebut telah ditukarkan kepada harus berdasarkan beberapa pertimbangan yang dinyatakan.  Pada 2014 lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa harus atas dasar maslahah. Hujjah-hujjahnya boleh rujuk di sini  http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/media/harus/hukumpelaburanASN-ASB.pdf KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuri

Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Syaaban Kecuali Dua Keadaan (Dalil)

Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Syaaban Kecuali Dua Keadaan Ramai lagi yang pening dengan hukum berpuasa selepas nifsu Syaaban iaitu bermula 16 Syaaban hingga akhir Syaaban. Haram dan tidak sah berpuasa sunat selepas Nisfu Syaaban (15 Syaaban) "Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa" . Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini". Rujuk: bahrusshofa Dua keadaan tersebut adalah: 1. Puasa Beradat Iaitu puasa setiap hari Isnin atau Khamis atau kedua-duanya yang telah biasa diamalkan. Selepas 15 Syaaban

Bagaimana Blue Whale Challenge Psiko Minda Remaja untuk Membunuh Diri ... Awasi Jagaan Anda

Media sosial digemparkan dengan kematian  Yulia Konstantinova, 15 dan  Nika Volkova, 16 yang mengambil nyawa mereka dengan terjun dari bangunan 14 tingkat.  Yulia memuat naik gambar ikan paus biru di Instagramnya dengan caption 'end' sebelum membunuh diri manakala Nika juga meninggalkan mesej sama di akaun VK (media sosial Russian yang didakwa tapak permainan gila ini) dengan caption "sense is lost... End" . pic: the sun Sebenarnya game ini telah pun dipercayai bermula sejak 2015 lagi apabila  Rina Palenkova mengambil selfie terakhir sebelum melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak laju. Namun masih tiada bukti kukuh untuk menyabitkan game tersebut dengan kematian kira-kira 80 - 130 remaja di Russia antara November 2015 - April 2016. Kanak-kanak/remaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai game ini tidak dibenarkan keluar kerana mendapat ugutan daripada admin/curator.  Setelah pengguna download/menekan link yang diberikan, segala

4 Kesalahan (Batal) Solat yang Kita Tidak Sedar

Kesalahan-Kesalahan Yang Tidak Disedari dalam Solat 1.  Perut jari kaki tidak ditekan ketika sujud 7 anggota sujud dan salah satunya menetapkan perut jari kaki di atas tempat sujud. Bilangan minimum jari ialah 3. Namun diuzurkan kepada orang yang mengelami musyaqqah untuk menekan atau membengkokkan jari kaki seperti orang tua yang keras jari-jari kakinya. Memadai baginya hanya dengan memacak jari-jari kaki di atas tempat sujud tanpa menekannya. “Disuruh ke atas aku bahawa aku sujud di atas 7 ‘adzam : atas dahi (dan ditunjukkan atas hidung dengan tangannya), dan dua tangan, dua lutut dan hujung 2 kaki”  (Shahih Bukhari no.779, Shahih Muslim no.490) 2.  Tamakninah diabaikan Tamakninah bermaksud berhenti sebentar tanpa bergerak sekadar masa ucapan ‘subhanallah’ atau pun selama 2 saat. Seperti yang dimaklum, tamakninah merupakan syarat bagi rukun ruku’, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud. Sesetengah ulama’ seperti Imam al-Ghazali membilang tamakninah ini sebagai r