Langkau ke kandungan utama

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad.

Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid).

Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulisan yang banyak tetapi beliau telah berjaya melahirkan satu angkatan ulama yang hebat seperti Dato' Ahmad Maher, Haji Yaakub Gajah Mati, Haji Abdullah Tahir Bunut Payung, Haji Daud Bukit Abal, Haji Abdur Rahman Lubuk Tapak dan ramai lagi.

Keramatnya yang menyalahi adat masih jadi sebutan. Dikatakan dia telah memberi tahu kepada penduduk setempat bahawa Jepun akan menakluk Tanah Melayu dan Kelantan akan ditimpa banjir besar selepas pemergiannya. Beberapa tahun selepas pemergiaannya, kedua-dua peristiwa besar itu benar-benar berlaku.

      
Gelaran "Serambi Mekah" yang melekat pada Kelantan amat berkait rapat dengan ketokohan Tok Kenali. Beliau meninggal dunia di kediamannya pada pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Allah itu nama / nama baci zat /tapi Allah bukan zat
Azim Ismail berkata…
jika bukan zat, maka Allah itu sifat? andai bg makhluk, lembu itu jisim, warna koko itu 'aradh.
bg khaliq, Allah itu zat, wujud-qidam dll itu sfat

Catatan popular daripada blog ini

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20

50 Ikatan Iman atau Akidah saat Mengucap 2 Kalimah Syahadah - Sifat 20 Oleh: Azim Ismail  Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Nabi Muhammad telah mengajar kita bahawa Islam dibina atas 5 perkara iaitu Ucapan 2 Kalimah Syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa ramadhan, menunaikan zakat dan melaksanakan haji bagi yang mampu. Kelima-lima perkara ini adalah rukun Islam. Tulisan ini saya hanya memfokuskan rukun islam yang pertama iaitu ucapan 2 kalimah syahadah. Wajib setiap muslim mengenali Tuhannya, Allah iaitu mengenal dengan sifat-sifat Nya. Begitu juga dengan Rasul.  اول واجب على الإنسان معرفة الاله باستيقان متن زبد Awal perkara yang wajib ke atas manusia ialah mengenali Allah dengan yakin. فاعلموا ايها الناس ان الاصل والاساس هو معرفة المعبود قبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادة - خطبة للحبيب طاهر بن حسين Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya asal dan asas adalah mengenali Tuhan yang disembah sebelum ibadah (penyembahan) itulah hakikat makna syahadah. ...

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram?

Syarikat Kredit Komuniti Bawah Pengawasan KPKT Berunsurkan Riba (Bunga) yang Haram? Oleh: Azim Ismail Kredit: Sinar Harian I nisiatif KPKT untuk membantu rakyat pada waktu terdesak sekarang sememangnya dipuji. Bila meminjam secara legal begini, rakyat selamat daripada ceti haram dan ah long. Usaha yang baik daripada kerajaan. Awalnya kelihatan seperti membantu rakyat tapi bila baca faedah-faedah yang dikenakan kepada peminjam iaitu, tidak melebihi 1. 12% setahun untuk pinjaman bercagar 2. 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar 3. 8% setahun faedah ringan daripada jumlah pokok dan faedah tertunggak jika lewat dibayar 4. 2% faedah sebulan untuk pajakan Rujuk: Web KPKT Kita jadi keliru dengan dua perkara 1. Ada faedah dengan maksud rakyat kena bayar lebih tinggi daripada jumlah pokok pinjaman. 2. Faedah adalah riba dan riba ini salah satu daripada dosa-dosa besar bahkan antara 10 teratas dalam senarai dosa-dosa besar. (rujuk Kitab al-Kabair) Rujuk: Web KPKT KPKT sepatutnya tinggalkan...

Cara-cara Terbit Buku Sendiri (Self-publish) - Ringkas dan Mudah

Salam, saya pernah terbitkan buku melalui syarikat sendiri (Resources) 2018 dulu. Ini adalah cara-caranya: 1. Siapkan sinopsis. 2. Buat cover buku (depan belakang). 3. Buat ayat hak cipta.. ada di page awal². Ada nama dan alamat penerbit, pencetak dan lain-lain. (Rujuk gambar di bawah) Contoh muka surat hak cipta (copyright page). Kredit: FB Penerbit USM 4. Mohon ISBN daripada Perpustaakan Negara Malaysia (PNM) melalui emel. Muat turun Borang Pendaftaran ISBN dan Permohonan ISBN. Hantar ke emel di bawah:  2 borang ini, copyright page, surat iringan, cover buka (depan belakang), SSM Syarikat (jika berkaitan) isbn@pnm.gov.my 5. Lepas dapat kod dan no ISBN, masukkan pada cover buku dan muka surat hak cipta. 6. Siapkan semua kandungan buku. 7. Proof read, semak ejaan, tulisan, ayat dll. Minta orang lain (yg dipercayai) baca untuk pembetulan dan cadangan. 8. Buat layout, design setiap muka surat. 9. Siap semua, hantar ke pencetakan. Survey beberapa syarikat perce...

Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya

Oleh: Azim Ismail Empayar Islah | Blog Pendidikan Islam Inilah 7 Jenis Nafsu dan Kita Memiliki Salah Satunya Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia.  Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan.  Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan jahat nafsu).  Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam. Malaikat : ada aqal tiada nafsu Syaitan : ada nafsu tiada aqal Manusia : ada aqal dan nafsu Maknanya sesiapa yang dapat menolak desakan nafsu maka dia lebih mulia daripada malaikat yang tiada nafsu dan sesiapa yang tewas kepada dorongan nafsu maka dia lebih hina darip...

Program Ambang Ramadan1443/2022 - Bicara Tentang Sifat 20 (50 Ikatan Akidah), Wuduk, Solat dan Puasa Ramadhan

Link FB Live & Slide *Program Ambang Ramadhan 1443 SYAA* Surau Yusof Al-Amin  Cheras Bermodul/Slide  TARIKH : 27.03.2022 AHAD WAKTU : 9.00AM - 2.00PM TENAGA PENGAJAR :  1) Ustaz Izzat Irfan (Guru Takmir Petaling Jaya) 2) Ustaz Azim Ismail (Guru Takmir Hulu Langat)   Kelas 1 Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (50 Ikatan Akidah) - Ust Izzat Kelas 2 Wuduk (Rukun, Sunat & Batal) - Ust Azim Kelas 3 Solat (Syarat, Rukun & Batal) - Ust Azim Kelas 4 Puasa (Syarat, Rukun & Batal) - Ust Izzat Live - Kelas 1 & 2  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1644911952523375&id=1834726341 Slide https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517139406590602&id=100048836416893 Live - Kelas 3 & 4 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=687854576003327&id=1834726341 Slide https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517140386590504&id=100048836416893 Full Slide https://www.slideshare.net/AzimIsmail/panduan-fardhu-ain-tauhid-dan-fiqh Kongsikan m...

Memahami Akaun Pelaburan Emas (Gold Account-i)

 Memahami  Akaun Pelaburan Emas ( Gold Account-i) Oleh: Azim Ismail (Catatan FB Ramadhan 2020) "Baik saya letak duit tu dalam akaun emas (beli emas) saya, baru berkembang duit. Awal tahun ni saya beli emas RM20k dah dapat untung RM4k dalam masa 5 bulan." Itulah lebih kurang percakapan seorang mak cik kepada kawan saya yang jaga agensi travel (nama dirahsiakan, biasa dia datang sini bagi like satu). Mak cik tu dah bayar duit umrah tapi umrah pula tunda. Itulah, benda nak jadi kan. Hari ini ramai yang sedang kembangkan wang dengan melabur saham, amanah saham (unit trust), ASB financing, simpanan Tabung Haji dan lain-lain. Tapi mungkin ada yang tak perasan atau lupa-lupa ingat bahawa ada satu lagi instrumen kewangan yang boleh diterokai iaitu pelaburan emas. Tak perlu beli emas dan simpan, tunggu harga tinggi terus jual. Itu cara tradisional walaupun masih lagi releven. Tapi cara yang saya nak sampaikan di sini adalah anda boleh beli emas melalui akaun simpanan atau semasa di b...