Langkau ke kandungan utama

Catatan

Peranan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama

Islam bersumberkan: 1) Al-Quran 2) Hadis 3) Ijmak Ulama 4) Qias Ulama Inilah empat perkara yang wajib dipegang oleh setiap muslim. Alhamdulillah di Malaysia masih ada golongan yang berpegang teguh kepada keempat-empat sumber.  Dulu sudah ada golongan yang membawa aliran baru di bumi Tanah Melayu yang bertopengkan penuntut kemerdekaan namun ulama-ulama besar tegas menentang mereka.  Imam Syafie mengatakan mafhumnya bahawa Al-Quran itu dihuraikan oleh Hadis, Hadis dihuraikan oleh PARA ULAMA (Ijmak dan Qias Ulama). Ramai ummat Islam yang terpengaruh dengan ideologi baru yang dibawa 72 golongan sesat yang menyeleweng daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) sama ada yang telah timbul atau pun bakal timbul. Mereka juga mendakwa bahawa Al-Quran dan Hadis adalah sandaran mereka tetapi hakikatnya mereka telah tersasar daripada jalan yang sebenar. Antara pecahan daripada Islam yang telah timbul ialah Mujassimah, Khawarij, Syiah, Jabariah dan Qada...

Perbezaan antara Kalendar Hijrah dengan Masihi, Cina dan Hindu

Kegemilangan sesuatu tamadun tidak dapat tidak daripada dikaitkan dengan kalendar masing-masing. Pelbagai tamadun telah muncul, pelbagai kalendar tarikh muncul. Namun kini, Takwim Masihi yang mendapat liputan meluas dan diguna pakai di seluruh dunia.  Penguasaan takwim ini secara langsung telah menyisihkan Takwim Hijrah iaitu kalendar rasmi ummat Islam. Takwim Hijrah hanya dirujuk untuk sambutan hari kebesaran dalam Islam sahaja seperti Hari Raya, Maulidur Rasul dan Ramadhan, tidak lagi seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Islam dulu kala. Takwim atau kalendar : suatu kaedah purba membahagikan masa kepada tarikh-tarikh tertentu bagi sesuatu kaum/agama. Terlalu banyak takwim yang dilahirkn berdasarkan peristiwa masing-masing. Antara yang popular ialah : 1) Takwim Hijrah  Diasaskan oleh Khalifah Islam ke-3, Sayyidina Umar al-Khattab R.A.  Pengiraan bermula dari tarikh Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Madinah....

Tok Kenali - Tokoh Ulama Terkenal Kelantan (1870-1933)

Tokoh ulama Kelantan paling mahsyur malah termasuk antara ulama besar Tanah Melayu. Sezaman dengan Tuan Husain Kedah, Haji Abu Bakar Alim(Muar), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang iaitu datuk PM ke 5, Abdullah Badawi), Haji Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain.Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287/1870 ini ialah Haji Mohd Yusoff bin Ahmad. Menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305 -1327H) bersama Tok Janggut. Gurunya yang terkenal ialah Syeikh Wan Ahmad Fathoni (pengarang kitab Faridah Faraid). Sangat  alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (yang sebelum ini tertumpu kepada ilmu Fardu Ain yang wajib dipelajari sahaja iaitu Tauhid, Feqah dan Tasauf). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalka...