Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Banyak yang Berzikir, Sedikit yang Memahami - Fahamilah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa).  Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni. Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini... Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-mana