Kegemilangan sesuatu tamadun tidak dapat tidak daripada dikaitkan dengan kalendar masing-masing. Pelbagai tamadun telah muncul, pelbagai kalendar tarikh muncul. Namun kini, Takwim Masihi yang mendapat liputan meluas dan diguna pakai di seluruh dunia. Penguasaan takwim ini secara langsung telah menyisihkan Takwim Hijrah iaitu kalendar rasmi ummat Islam. Takwim Hijrah hanya dirujuk untuk sambutan hari kebesaran dalam Islam sahaja seperti Hari Raya, Maulidur Rasul dan Ramadhan, tidak lagi seperti zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Islam dulu kala. Takwim atau kalendar : suatu kaedah purba membahagikan masa kepada tarikh-tarikh tertentu bagi sesuatu kaum/agama. Terlalu banyak takwim yang dilahirkn berdasarkan peristiwa masing-masing. Antara yang popular ialah : 1) Takwim Hijrah Diasaskan oleh Khalifah Islam ke-3, Sayyidina Umar al-Khattab R.A. Pengiraan bermula dari tarikh Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Madinah. Semua peristi
Wajib Belajar Akidah (Tauhid), Syariah (Fiqh) dan Tasawwuf (Akhlak) - You Can Translate This Blog Into Your Language