Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo

Bicara Ringkas Motivasi dalam Ejen Ali the Movie: Misi Neo Oleh: Azim Ismail Kutipan lebih RM13 juta dalam masa seminggu jelas membuktikan filem Ejen Ali ialah karya yang bermutu terutama dari segi jalan cerita dan grafik. Tiada scene yang bosan sepanjang tayangan. Unsur aksi dan komedi diluahkan bertubi-tubi. Ya, hasil tangan rakyat Malaysia ini telah diangkat seolah-olah setara dengan karya Hollywood meskipun pembikinan filem animasi ini termasuk promosi hanyalah RM6.5 juta berbanding kos beratus-ratus juta untuk menghasilkan sebuah filem animasi Hollywood. Kebetulan, Ejen Ali: Misi Neo sedang bersaing dengan filem antarabangsa, Frozen 2. Ejen Ali membuat kemunculan pertama pada 2016 dan kini hampir 3 tahun setelah itu, filem pertamanya ditayangkan. 3 tahun Wau Animation mengumpul peminat-peminat Ejen Ali seperti hari ini. Apakah faktor pada jalan cerita filem ini yang menjadi kayu ukur kejayaannya? Salah satunya, motivasi watak. kredit: hazwanart