Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Peranan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ulama

Islam bersumberkan: 1) Al-Quran 2) Hadis 3) Ijmak Ulama 4) Qias Ulama Inilah empat perkara yang wajib dipegang oleh setiap muslim. Alhamdulillah di Malaysia masih ada golongan yang berpegang teguh kepada keempat-empat sumber.  Dulu sudah ada golongan yang membawa aliran baru di bumi Tanah Melayu yang bertopengkan penuntut kemerdekaan namun ulama-ulama besar tegas menentang mereka.  Imam Syafie mengatakan mafhumnya bahawa Al-Quran itu dihuraikan oleh Hadis, Hadis dihuraikan oleh PARA ULAMA (Ijmak dan Qias Ulama). Ramai ummat Islam yang terpengaruh dengan ideologi baru yang dibawa 72 golongan sesat yang menyeleweng daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) sama ada yang telah timbul atau pun bakal timbul. Mereka juga mendakwa bahawa Al-Quran dan Hadis adalah sandaran mereka tetapi hakikatnya mereka telah tersasar daripada jalan yang sebenar. Antara pecahan daripada Islam yang telah timbul ialah Mujassimah, Khawarij, Syiah, Jabariah dan Qadariah. Para